HALAMAN SANTAI

Rabu, 23 Disember 2009

Dr Mahathir sedia disiasat Suruhanjaya Diraja

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahahtir Mohamed mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP, Lim Kita Siang agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan beliau melenyapkan wang sebanyak RM100 bilion dalam projek- projek mega dan rasuah selama 22 tahun pemerintahannya.

“Saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan suruhanjaya tersebut,” katanya.

Beliau berkata, suruhanjaya tersebut tidak harus membataskan siasatan kepada beliau seorang, malah juga kepada Tun Abdullah Badawi.

“Pembatalan projek Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor – Singapura dan projek landasan kereta api Johor Bahru ke Padang Besar melibatkan jumlah wang yang banyak termasuklah pembinaan projek hydroelektrik di Bakun serta Jambatan Pulau Pinang.

“Ia harus meliputi bagaimana wang pembayaran Petronas sebanyak RM270 bilion dibelanjakan dalam tempoh lima tahun Abdullah pemerintahannya,” katanya di blognya, semalam.

Kelmarin, Kit Siang menggesa kerajaan menubuhkan siasatan diraja bagi menyiasat Mahathir yang dikatakan punca pembaziran di atas tindakannya semasa menjadi Perdana Menteri seperti didedahkan dalam buku ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ yang ditulis oleh bekas pengarang urusan Wall Street Journal Barry Wain.

Tiada ulasan: