HALAMAN SANTAI

Ahad, 13 Disember 2009

Lelaki OKU bunuh diri kecewa ditinggalkan isteri

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Akibat terlalu kecewa selepas ditinggalkan isteri, seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) nekad terjun dari sebuah blok, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, N Panirselvam, 48, yang kudung tangan kanan ditemui berlumuran darah di tempat letak kereta berhampiran itu.

Adiknya yang enggan dikenali berkata, kira-kira sejam sebelum itu mangsa cuba membunuh diri melalui kejutan elektrik, namun gagal apabila dihalang.

“Dia kemudiannya minta kebenaran saya untuk keluar rumah dengan alasan gunting rambut di kedai berhampiran, namun saya dimaklumkan jiran dia terjun bangunan.

"Dia juga mengalami tekanan perasaan selepas bercerai dengan isteri dan kerap bermimpi kononnya ada orang mahu membunuhnya," katanya.

Menurutnya, dia banyak memberi nasihat supaya mangsa belajar terima kenyataan secara perlahan-lahan, tapi dia nampaknya begitu sedih dan tertekan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Tiada ulasan: