HALAMAN SANTAI

Ahad, 13 Disember 2009

Trend penggunaan dadah sintetik masih tinggi

BERNAMA


KUALA LUMPUR - Trend penggunaan dadah sintetik dalam penagihan dadah di negara ini masih tinggi walaupun pelbagai usaha dijalankan bagi membanteras gejala itu, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Abd Bakir Zin.

Beliau berkata perkara itu berlaku kerana kebanyakan golongan muda kini lebih gemar mengambil dadah sintetik sebagai jalan mudah untuk ”bersuka-suka” berbanding dadah jenis lain.

"Kegiatan mereka ini sering dikaitkan dengan peningkatan kadar jenayah di negara ini memandangkan kebanyakan mereka adalah penganggur. Kami tetap akan memantau (kegiatan penagihan dadah) secara berterusan dengan mengadakan program komuniti,” katanya kepada pemberita sebelum menutup dan menyampaikan hadiah sukan tahunan agensi itu di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini AADK telah mendaftar seramai 12,000 penagih dadah baru manakala 41,000 lagi penagih sedang menerima pelbagai rawatan termasuk 7,000 penagih yang ditempatkan di pusat pemulihan (Puspem) manakala 34,000 lagi berada dalam pengawasan AADK dan polis.

Tiada ulasan: