HALAMAN SANTAI

Isnin, 14 Disember 2009

Wajar guna hasil minyak untuk kepentingan rakyat

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Kerajaan belum terlambat untuk mengelak daripada menjadi negara ‘sumpahan minyak’ akibat penyalahgunaan hasil kekayaan sumber Petroleum, sebagaimana yang disebut bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee berkata, kerajaan perlu meneliti semula dasar-dasarnya, terutama berkaitan peruntukan pelaksanaan projek mega, untuk digunakan bagi meningkatkan modal insan.

“Sumber pendapatan daripada petroleum mestilah digunakan untuk kepentingan rakyat, bukanlah dibazirkan untuk menyelamatkan syarikat yang gagal, membeli senjata dan membina projek besar.

“Kita mahu kerajaan menghentikan projek mega seperti Matrade Centre bernilai RM628 juta, yang bakal menjadi pusat pameran dan konvensyen terbesar di Asia dan juga pinjaman tanpa faedah selama 20 tahun kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas),” katanya kepada :Sinar Harian: semalam.

Menurutnya, kerajaan patut menggunakan wang sumber petroleum negara untuk meningkatkan produktiviti rakyat kerana produktiviti rakyat di negara ini masih rendah.

“Jika produktiviti rakyat dapat ditingkatkan, secara automatik ia dapat meningkatkan cukai pendapatan, yang juga sumber pendapatan negara. Tidak perlu mengambil jalan singkat menambah pendapatan negara dengan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akhirnya membebankan rakyat,” katanya.

Tiada ulasan: