HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 Disember 2011

Kata dua gabungan MTUC, batal pindaan Akta Kerja atau sedia hilang undi PRU



Mohd Roszeli Majid


SHAH ALAM ― Kesatuan gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) petang ini memberi kata dua kepada Putrajaya agar menarik balik Rang Undang-undang Kerja 2011, yang dijadual dibahas di Dewan Negara minggu depan, jika tidak bersedia menghadapi kesan ketika pilihan raya umum ke-13.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Junior Tenaga Nasional Berhad Mohd Roszeli Majid berkata, jika kerajaan enggan mendengar suara pekerja agar tidak meneruskan peruntukan berkenaan sistem kontraktor tenaga kerja menerusi pindaan ke atas Akta Kerja, para pekerja akan menentukan nasib kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum nanti.

“Tengok apa terjadi ke atas Rang Undang-undang Perhimpunan Aman baru-baru ini, yang diteruskan pembentangan tanpa mempedulikan bantahan, saya pasti pindaan Akta Kerja juga akan mengalami nasib yang sama.

“Macam kata Majlis Peguam, peti undi ketika pilihan raya akan menjawab bantahan kesatuan sekerja,” kata beliau yang juga Naib Presiden MTUC pada perhimpunan berkenaan protes ke atas Rang Undang-undang Kerja 2011 di sini petang ini.

10 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Keputusan kerajaan dalam isu ini akan memberi impak kepada keputusan PRU selepas ini, harap kerajaan akan membuat keputusan yang sewajarnya.

Anak Sabah berkata...

Harap Rang undang-undang Perhimpunan Aman dan akta Kerja ini akan diluluskan.

Tanpa Nama berkata...

pindaaan akta kerja kena dikaji semula, pastikan pindaan tersebut memberi kebaikan kepada pihak pekerja dan majikan.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya MTUC mula mengugut dgn menggunakan undi PRU.

nickko berkata...

MTUC tidak perlu buat serangan ala2 politik..

nickko berkata...

rang undang2 kerja itu digubal juga berdasarkan permintaan pekerja di Malaysia sebelum ini.. jadi kenapa perlu bantah?

zam berkata...

sebarang keputusan yang dibuat mengambilkira kepentingan pekerja secara keseluruhannya. jika ada yang tidak berpuas hati sebaiknya perbincangn dilakukan.

Tanpa Nama berkata...

kebelakangan ini banyak keputusan kerajaan yang mendapat bantahan. harap kerajaan dapat memberikan pertimbangan yang terbaik berhubung perkara ini. mungkin setiap keputusan yang dibuat akan mempengaruhi undi pada PRU nanti.

Sanih Alias berkata...

Rasanya mengenai pindaan akta kerja itu perlulah diteliti semula sehinggakan berlaku tentangan dari kesatuan sekerja..

Tanpa Nama berkata...

Get a win-win situation.