HALAMAN SANTAI

Ahad, 4 Disember 2011

`Kuasa Allah tentukan segalanya’, kata Shahrizat

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat menempelak tuduhan pembangkang terhadap beliau.



KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau menyerahkan segala yang menimpa dirinya kepada Allah.

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat menempelak tuduhan pembangkang terhadap beliau.

“Siapa dia pembangkang? Kuasa Allah yang akan menentukan segala-galanya.

“Apa yang kita perlu pastikan adalah menjalankan amanah melalui jalinan rakyat dan skuad Sayang pada arahan Presiden dan Timbalan Presiden,” katanya dalam ucapan penggulungan persidangan agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Shahrizat mengenepikan segala tohmahan terhadap beliau berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC), sambil berkata tidak sesekali gentar untuk berdepan dengan pembangkang.

Menurut Shahrizat, fokus utama kepada parti Umno akan terus dijayakan bagi memastikan Wanita terus bersiap siaga dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

`Menongkah cabaran’

“Perjuangan parti oleh ibu-ibu ini perlu diteruskan. Dalam sifat lembut dan berkhemah, langkah gemalai dan santun, wanita yang dinamakan isteri, ibu dan anak akan terus menongkah cabaran dan lasak,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail menjadi Pengerusi Eksekutifnya.

Shahrizat berkata pergerakan Wanita akan diformulasikan menjadi lebih disiplin, strategik dan sokongan taat setia kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ucapannya juga, beliau turut memuji Datin Seri Rosmah Mansor yang banyak membantu pembangunan keluarga dan wanita ke peringkat global.

“Wanita akan berganding bahu menentukan jentera pilihan raya bagi memastikan Umno-BN bersiap siaga, kemas, berdisiplin, strategik, taat setia dan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Najib,” katanya.

Tiada ulasan: