PAHANG DAILY
Tidak cukup dengan siaran langsung, TV3 mengambil masa setengah jam untuk menyiarkan laporan terperinci tentang perjalanan perhimpunan itu setiap malam.
Apa yang jelas dapat dilihat, seolah-olah TV3 sudah menjadi TV UMNO. Tindakan itu amatlah tidak wajar kerana mereka harus ingat bahawa penonton yang menyaksikan siaran tersebut terdiri daripada berbagai kaum dan fahaman politik.
Makanya, tindakan keterlaluan memaparkan persidangan sesebuah parti politik jelas sekali amat mengecewakan. Tambahan pula parti politik seperti UMNO, dimana ramai pengampu dan pencacai terpaksa bercakap soal perkauman dan membakar api permusuhan secara jelas dan terang.
Sepatutnya, ucapan sebegitu dilakukan pada majlis yang tertutup dan hanya boleh disaksikan oleh perwakilan yang hadir sahaja. Namun, menggunakan media untuk menyiarkan ucapan berapi serta panas oleh para perwakilan jelas sekali satu tindakan biadap yang dilakukan oleh stesyen TV swasta itu.
Mereka sewajarnya faham bahawa ucapan berapi yang berunsur hasutan dan perkauman sudah pasti akan dibuat oleh mereka yang berucap. Makanya, dengan menyiarkan siaran langsung dan rakaman yang berkaitan ia membuktikan bahawa TV3 sememangnya kini telah benar-benar menjadi "tali barut" UMNO.
TV3 sepatutnya bertindak profesional dalam bidang penyiaran, bukannya dengan menjadi pengampu kepaa kerajaan yang memerintah. Jika tidak, lebih elok mereka umumkan saluran TV3 itu adalah stesyen rasmi kerajaan UMNO BN.
Apapun, ramai penyokong pembangkang sebenarnya telah "menutup TV" atau mengalih siaran Buletin Utama untuk menyaksikan saluran lain ketika siaran itu ditayangkan. TV3 harus berani berlaku adil dalam penyiarannya jika mahu terus menjadi saluran pilihan rakyat. Jika tidak, stesyen itu juga akan dibenci oleh rakyat sama seperti yang berlaku kepada RTM selama ini.
[Bila dikaji semula kenapa TV3 begitu berubah sekarang ini, maka akhirnya barulah kita faham. TV3 mula menjadi pencacai UMNO sejati selepas CEO Farid Ridzuan dan beberapa orang kanan Media Prima dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri untuk membantu Najib melakukan propaganda agar rakyat terus mempercayai apa yang diperjuangkan oleh UMNO BN.
Maka itulah kita tidak hairan, TV3 seolah-olah mengesahkan yang mereka kini sudah menjadi "saluran rasmi parti UMNO" sejak awal tahun ini. Semuanya, gara-gara mahu membuktikan kesetiaan kepada pemerintah biar pun mereka tahu banyak tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh pemerintah itu sendiri sebenarnya.
Jika inilah keadaannya, maka kita yakin TV3 akan lebih "menggila" tatkala berkempen untuk UMNO BN pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.
Justeru itu, berhati-hati dan bersiap sedialah dari sekarang untuk berhadapan dengan taktik jahat media terbesar di Malaysia itu. Kempen "Boikot TV3" perlu digerakkan segera agar rakyat menjadi "semakin benci" kepada stesyen tersebut selepas ini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan