HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Disember 2011

Pemimpin UMNO Akui Fuziah Akan Menang Besar Di Parlimen Kuantan Gara-Gara Isu Projek Lynas!

PAHANG DAILY


KUANTAN - Seorang pemimpin UMNO Pahang, hari ini menegaskan dengan penuh yakin bahawa Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh (foto) bakal menang dengan undi majoriti yang lebih besar gara-gara kepercayaan rakyat terhadap beliau dalam isu Lynas.

Ini berikutan laporan risikan dalaman parti itu ternyata memperlihatkan rakyat lebih yakin dengan pendedahan dan penjelasan yang diberikan oleh pemimpin PKR itu daripada jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar Pahang sendiri, Dato' Sri Adnan Yaakob.

"Saya yakin, sokongan terhadap Fuziah akan bertambah pada PRU-13 ini. Beliau akan mendapat majoriti undi pengundi muda dan juga kaum Cina yang kebanyakkannya sudah tidak percaya lagi dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh kerajaan UMNO BN dalam mempertahankan kontroversi projek tersebut.

Malah, di parlimen Kuantan sendiri kemungkinan besar semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Teruntum, Tg.Lumpur & Inderapura) bakal dirampas oleh pembangkang pada kali ini",
tambah pemimpin terbabit.

Kenyataan yang dibuat ini jelas sekali satu "tamparan hebat" buat UMNO BN dalam menyakinkan rakyat bahawa Lynas tidak berbahaya. Majoriti rakyat sebenarnya sudah tidak percaya dengan penjelasan-penjelasan yang dibuat oleh Kerajaan terutamanya MB Pahang sendiri dalam isu ini.

"Adnan sebagai pemimpin negeri, sepatutnya memberikan jawapan secara profesional, lengkap dengan fakta sebelum kilang ini didirikan bukannya sekarang. Ramai rakyat melihat, trend mana-mana projek yang dijalankan di negeri ini pasti ada wang "under table" yang terpaksa dihulurkan kepada mana-mana pemimpin sebagai habuan menyokong atau meluluskan projek tersebut.

Apatah lagi dalam projek Lynas yang menelan belanja jutaan ringgit itu. Saya sendiri hairan, kenapa Adnan beriya-iya mahu pertahankan Lynas sedangkan dia tahu kerajaan tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada projek itu untuk tempoh 12 tahun akibat perlepasan cukai yang diberikan.

Keistimewaan ini biasanya diberikan kepada syarikat yang menjalan perniagaan yang tidak berisiko seperti automotif, elektrikal dan yang lainnya .. tapi bukan kepada Lynas yang diperakui seluruh dunia memproses rare earth yang berisiko. Kenapa perlu MB benarkan projek itu di Pahang? Sedangkan negeri lain menolaknya..",
tambah beliau.

[Terkadang, dapat dirasakan elok Kerajaan Negeri Pahang tutup mulut dari membicarakan isu Lynas. Tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap pihak yang membantah Lynas, dengan perkataan yang langsung tidak mencerminkan mentaliti seorang pemimpin sebenarnya.

Semakin mereka keluarkan kenyataan, maka semakin rakyat meluat dan menyampah. Tambahan pula, mereka boleh mendapatkan maklumat lengkap tentang bahaya "rare earth" menerusi internet dengan sekali "klik" sahaja. Tidak timbul soal mereka menentang Lynas tanpa merujuk kepada fakta-fakta yang sahih. Seluruh dunia tahu bahaya "rare earth", maka rakyat kecewa kerana kerajaan rela memperjudikan nasib rakyat untuk membawa masuk projek yang berisiko seperti ini.

Justeru itulah, majoriti diantara mereka akan menolak BN pada pilihanraya umum tidak lama lagi. Masa menentukan, siapakah yang benar dan siapakah yang salah. BN harus berhati-hati memainkan isu Lynas jika tidak mahu nasib mereka terjerat. Rakyat sebenarnya lebih bijak daripada sesetengah pemimpin yang mengaku bijak itu. Maka, mereka pasti akan lakukan perubahan sekarang].

Tiada ulasan: