JASIN DAILY ONLINE
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu
pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor
ke-12.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat
Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" -- yang
menurutnya berbeza dengan hudud PAS.
Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua
kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk
kepada orang Islam.
"Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan
kehendak Islam yang sebenar. Ia akan menimbulkan diskriminasi dari segi
pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam)," katanya.
Walaupun demikian, Ayub maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat
nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.
'Sokong Umno kalau ikhlas'
Justeru katanya, perkara terpenting sekarang, Johor perlu memulakan
langkah memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud - satu
perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS.
Kefahaman yang betul, katanya, adalah kunci utama hudud diterima semua
kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad
SAW.
"Kalau tidak masakan di zaman pemerintahan Nabi ia diterima semua (kaum
dan agama)," katanya.
Menurut Ayub lagi, cadangan itu pernah dibangkitkan pada sidang DUN pada
Disember tahun lalu namun ia tidak dilaporkan mana-mana akhbar.
Justeru, beliau mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia
datang dari Umno jika mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam
"Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah," katanya.
Negeri Kelantan meluluskan pelaksanaannya hukum hudud di bawah Kanun
Jenayah Syariah II (1993) pada tahun 1993. Namun pelaksanaannya tidak
menjadi kenyataan apabila melibatkan pertikaian berhubung isu-isu
perlembagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan