Beliau berkata, pada pilihan raya lalu berlaku beberapa sentimen menyebabkan sokongan belia Tionghoa tidak berpihak kepada BN.
Menurutnya, bukti peningkatan sokongan kepada kerajaan itu dapat dilihat pada Himpunan Jutaan Belia yang diadakan di Putrajaya Mei lalu, apabila belia pelbagai kaum termasuk sebahagian besarnya dari kalangan Tionghoa hadir memeriahkannya.
“Bahkan pada himpunan itu, ramai belia Tionghoa yang datang turut menunjukkan kreativiti dan bakat masing-masing menerusi pelbagai program yang diadakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada komuniti Tionghoa Parlimen Kemaman yang diadakan di Jalan Jakar dekat sini, petang ini.
Ditanya mengenai sokongan masyarakat kaum Cina di Kemaman pula, beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, dari segi rekod pada pilihan raya umum lalu, sokongan kaum Cina kepada BN tetap utuh.
“Masyarakat Cina di daerah ini tidak dipengaruhi (dengan dakyah pembangkang). Mereka hargai keamanan, perpaduan dan keharmonian yang dinikmati.
“Insya-ALLAH sokongan mereka terhadap kita akan berterusan. Bahkan sebagai kelompok minoriti di daerah ini mereka tetap mendapat keistimewaan sebagaimana kaum Melayu. Misalnya, dewan khas untuk kegunaan masyarakat Tionghoa juga telah siap,” katanya.
Dewan terbabit yang dinamakan Dewan Komuniti Cina Bukit Mak Dayang dan menelan kos RM3.8 juta dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada Jun tahun lalu.
Kata Ahmad Shabery, dewan berkenaan digunakan untuk mengadakan pelbagai majlis dan sambutan perayaan komuniti berkenaan.
Sementara itu, mengulas mengenai majlis penyampaian bantuan itu, beliau berkata, ia adalah program ‘touch point’ untuk berjumpa dengan masyarakat tempatan sebagai tanda kasih sayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan