HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Julai 2012

Khaled: Ciri keselamatan pengeluaran ijazah akan dikaji

SINAR HARIAN

Khaled: ciri keselamatan pengeluaran ijazah akan dikaji
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
 
 
JOHOR BAHRU - Kementerian Pengajian Tinggi akan mengkaji ciri keselamatan pengeluaran ijazah bagi menangani kegiatan penjualan ijazah palsu di negara ini.
  
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementerian juga akan melihat ciri keselamatan yang digunapakai negara lain bagi mengatasi kes seumpama itu.
  
"Berbanding sijil kelahiran yang mempunyai ciri-ciri serupa, pengeluaran ijazah oleh setiap universiti di negara ini berbeza-beza. Orang ramai tidak tahu sama ada ia tulen atau sebaliknya," katanya.
  
Sebuah akhbar hari ini melaporkan kegiatan satu sindiket yang menawarkan ijazah palsu menggunakan nama Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi laman web pada harga mencecah RM5,000.
  
Bercakap pada pemberita selepas Program Khidmat Masyarakat Yayasan Tunku Abdul Rahman dan pelancarkan Pusat Khidmat Kaunseling Komuniti 1Malaysia Universiti Teknologi Malaysia, di Sekolah Kebangsaan Rinting 1, di sini, hari ini, Mohamed Khaled berkata kes itu adalah yang pertama diterima pihaknya setakat ini.
  
Beliau berkata kementerian dan USM kini bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan kes itu. - Bernama

Tiada ulasan: