Kempen
untuk membuat logo alternatif kepada Hari Kemerdekaan ke 55 berjalan
rancak dalam media sosial Pakatan Rakyat.Sekurang-kurangnya 12 logo
Hari Kemerdekaan sudah dimasukkan ke laman facebook.com/101cadanganlogo
yang dibuat oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.Orang ramai diberikan
peluang untuk menilai dan memberikan pandangan terhadap semua logo-logo
itu yang nampaknya jauh lebih menarik berbanding logo yang dicipta
oleh Datuk Seri Rais Yatim.
Menurut Sekretariat Pakatan Rakyat, Ahmad Shabrimi Sidek, orang ramai boleh terus mencadangkan logo-logo mereka untuk dipilih oleh penal.
Menurut Sekretariat Pakatan Rakyat, Ahmad Shabrimi Sidek, orang ramai boleh terus mencadangkan logo-logo mereka untuk dipilih oleh penal.
“Kita
hanya akan membuat pilihan Selasa depan melalui satu penal yang
dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS,” kata
Shabrimi kepada Harakahdaily.
Berikut
adalah logo-logo yang sedang dimasukkan dalam senarai facebook itu untuk
dinilai oleh orang ramai.Logo diatas adalah ciptaan dari
www.ilusenidesign.com.
(Cadangan dari Tommy Hohenheim Evangelista)
(Cadangan logo Merdeka dari Azman bin Mohd Mah Husin)
(Logo Merdeka yang dicadang Hamdan Bin Jasin)
(Logo Merdeka yang dicadangkan Yan)
(Logo cadangan Hafiz)
(Cadangan logo dari Hanafi Ishak)
(Logo merdeka yang dicadangkan Sean)
(Cadangan logo dari Shazni Hanis)
Orang ramai boleh membuat undian dan memberikan komen melalui http://www.facebook.com/101cadanganlogo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan