Pergerakan itu menafikan bertanggungjawab atas akaun di laman sosial itu.
Ini kerana seksyen 114A merujuk kepada prosedur dalam cubaan membuktikan jenayah di mahkamah, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah .
“Buat permulaan, kami menyiasat kes ini bawah Seksyen 233 bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Kami akan menyiasatnya dan kemudian menyerahkan hasil siasatan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat polis Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, terpulang kepada pejabat peguam negara untuk menentukan pendakwaan bawah seksyen yang mana.
Seksyen 233 merujuk kepada penyalahgunaan penggunaan kemudahan jaringan atau perkhidmatan jaringan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan