Satu replika botol arak terbesar telah dibina di Pusat Bandar George Town, Pulau Pinang. Adakah ianya relevan buat masa sekarang?
Kami melihat isu ini lebih kepada isu sensitiviti. Di dalam bulan Ramadhan,
replika botol arak tersebut pula dibina bersebelahan dengan replika
atau perhiasan yang dibuat untuk sambutan Hari Raya AidilFitri nanti.

Replika
tersebut diletakkan dengan 400 botol arak biasa, pastinya menarik
perhatian dengan kedudukannya di pusat bandar utama dan di seberang
jalan besar. Pendapat kami, pihak bertanggungjawab perlu lebih peka
kepada sensitiviti umat Islam pada waktu ini. Septutunya isu-isu
sebegini boleh diselesaikan sekiranya ada perbincangan yang telus
dibuat.
Apa pandangan anda mengenai replika botol arak terbesar ini? Setujukan sekiranya ia melibatkan sensitiviti umat islam secara keseluruhannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan