Mufi Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad
Katanya, tindakan Karpal menentang pelaksanaan hukum hudud dilihat tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
“Karpal perlu menghentikan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan selama ini kerana telah mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.
“Dalam situasi ini, Karpal harus menghormati sensitiviti semua agama terutama agama Islam berikutan Islam adalah agama rasmi di Malaysia,” katanya.
Muhamad Baderudin berkata, Raja-raja Melayu juga merupakan seorang yang beragama Islam dan oleh demikian, tidak wajar bagi Karpal berbuat demikian.
“Karpal harus menghormati agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia,” katanya.
1 ulasan:
ini yang apa najib cakap pasal hudud: http://www.youtube.com/watch?v=sUMkCAXDQlM dan ini pula apa yang mahathir cakap: http://www.youtube.com/watch?v=h0oDU4FkClE. Tak salah ke ini..??? kita yang tak banyak ilmu ini pun tahu apa yang 2 orang pemimpin ini kata adalah salah. Mufti tak berani nak tegur ke..??? pergi tegur karpal singh buat apa? dia memang kafir dah......
Catat Ulasan