MSTAR ONLINE
SEMPORNA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta pihak yang berkenaan tidak
mempolitikkan penubuhan jawatankuasa khas berhubung bayaran tunai hasil
petroleum negara.
Ini kerana katanya, tujuan kerajaan adalah ikhlas untuk memastikan semua negeri di pantai timur Semenanjung yang menyumbang dalam pengeluaran petroleum negara menerima imbuhan yang sewajarnya.
"Yang penting kepada kita ialah wang yang diperolehi kelak dapat disalurkan untuk kepentingan rakyat dan kemajuan negara kita," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan khas dengan ketua Umno cawangan dan imam dari kawasan Semporna, di sini, Sabtu.
Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno mengulas keputusan kerajaan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, berkenaan penubuhan jawatankuasa yang akan meneliti secara adil dan telus isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri penyumbang.
Jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara serta wakil kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu akan diberi masa enam bulan untuk menyiapkan kajian dan membuat syor kepada kerajaan persekutuan. -BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan