HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Ogos 2012

Kenapa umat Islam ke kiri Al Quran ke kanan?

Mohd Sabri Said,
KEPALA BATAS: Kenapa hari ini Al Quran dan umat Islam tidak selari sebaliknya sering bertentangqn walaupun berhubung perkara kecil, soal Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar).

Bagi beliau, fenomena itu disebabkan umat Islam tidak istiqamah dan sering berbalah sesama sendiri dan tidak mahu mengambil kaedah penyelesaian mengikut kehendak Al Quran.

"Hari ini kelihatan seolah tiada keserasian antara Al Quran dan umat Islam disebabkan mereka tidak memahami apa isi yang terkandung dalam Al Quran.

"Yang orang tahu hanya melagukanya tanpa meneliti maksud yang terpendam.  Natijahnya, ramai yang tinggalkan kitab yang membawa pedoman ke akhirat itu," tegasnya ketika menyampaikan tazkirah di Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Umat Islam di dunia paling ramai terlibat dengan rasuah berbanding negara bukan Islam maka reputasi negara Islam merudum dan diperlekehkan oleh negara besar terutamanya blok barat.

Bagi mengembalikan kekuatan bahawa keagungan Islam akan bangkit, umat Islam kena kembali bertaut kepada Islam yang menjadi teras akidah.

"Untuk meninggikan kembali keagungan Islam Umat Islam kena ubah sikap lebih peka kepada persekitaran dengan mengambil iktibar apa yang berlaku pada sejarah lampau yang mengaitkan golongan yang tidak patuh pada seruan Ilahi," ujarnya dalam program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu.

Contoh lain yang paling ketara kelakuan Umat Islam sendiri ialah tidak menghargai alam sekitar berbanding mereka dari negara bukan Islam.

Di Thailand sudah cukup untuk dijadikan contoh di mana negara tersebut mengawal penggunaan racun yang membunuh semua spesis ikan di petak sawah.

Di Malaysia pula racun diguna tanpa had sehingga menyebabkan kematian ikan secara berleluasa.

Begitu juga di Belanda, sungai dijadikan landskap keindahan bandar tetapi di negqra umat Islam dasar sungai dipenuhi bangkai haiwan, airnya busuk hasil pembuangan sisa industri dan lebih malang ada juga bangkai motosikal atau kereta yang dicuri.

"Kita puji Kedah nak dijadikan 'Serambi Belanda' sebagai daya tarikan baru namun harus diingat banyak keistimewaan Belanda berbanding kita di Malaysia dari segi kebersihan alam sekitar.

"Sungai yang mengalir di tengah bandarayanya cukup indah penuh dengan beraneka spesis ikan tetapi kita mempunyai sungai yang busuk dan lebih memalukan di dasarnya penuh dengan bangkai motosikal atau kereta curi," ujar Haji Mohamad.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Khalid Man dan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin.

1 ulasan:

Aisyah M.Yusuf berkata...

Bukankah Al-Qur'an menggambarkan keindahan sorga itu dengan sungai-sungai yang mengalir dibawahnya?...tentulah sungai disorga itu bersih dari kotoran-kotoran...