HALAMAN SANTAI

Ahad, 5 Ogos 2012

Najib ada ‘konflik kepentingan’ dengan penahanan Rafizi, kata Izzah

 
 
PETALING JAYA -- PKR hari ini melihat kenyataan Perdana Menteri berhubung pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA)  itu mengesahkan beliau mempunyai konflik kepentingan dalam perkara itu.

Naib presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu juga membuktikan kerajaan pimpinannya tidak mengguna pakai aspek perlindungan terhadap pemberi maklumat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengatakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak menggunapakai aspek perlindungan terhadap pemberi maklumat. — Gambar fail
"Walaupun beliau mempunyai perbezaan politik dengan Rafizi, seharusnya beliau perlu menyokong dan melindungi whistleblower," kata ahli parlimen Lembah Pantai itu kepada pemberita hari ini.
 "Jawapan Najib itu mengesahkan beliau mempunyai konflik kepentingan dalam perkara ini," katanya dan menambah hari yang sama ketika Rafizi didakwa, projek sambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Ampang turut diserahkan kepada George Kent Berhad.

"Ini jelas bukti berlakunya konflik kepentingan Najib dalam perkara ini," tambahnya lagi.

Najib semalam berkata seseorang yang mahu mendedahkan rahsia atau maklumat perlu mengikut saluran betul.

“Siapa ada maklumat kena dedahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ...  Ia bertentangan dengan BAFIA kerana mereka perlu melindungi maklumat pelanggan.

“Mereka yang ada akaun perlu dilindungi ... jika tidak, tiada orang mahu simpan duit di bank. Itu kepercayaan pelanggan yang tidak boleh dikompromi,” katanya lagi kepada pemberita ketika sidang media ahli Majlis Tertinggi Umno semalam.

Rafizi sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah seksyen 97 (1) BAFIA kerana mendedahkan data empat akaun yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan dua lagi individu yang bernama Yusuf Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho.

Kerani Public Bank, Johari Mohamad yang bekerjasama dengan Rafizi mendedahkan data bank tersebut turut didakwa di bawah seksyen 112 (1) yang dibaca bersama dengan seksyen 91 (1) atas kesalahan mendedahkan rahsia sulit bank.

Rafizi dan Johari akan didenda maksimum RM3 juta atau penjara 3 tahun jika disabitkan bersalah, yang mungkin bakal menjejaskan peluang beliau untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Rafizi diwakli oleh peguamnya N. Surendran dan Puspawati Rosman, dilepaskan oleh hakim, Aslam Zainuddin dengan wang jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Tiada ulasan: