HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 Ogos 2012

Pandelela digesa tolak hadiah KM S'wak


MALAYSIA KINI


 
Kumpulan Hak Asasi Manusia kumpulan Swiss Bruno Manser Fund (BMF) menggesa pemenang pingat Olimpik dari Sarawak, Pandelela Rinong Pamg supaya tidak menerima apa-apa ganjaran daripada Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, kerana ia bimbang terhadap "manipulasi politik".

"Kami menyeru Pandelela supaya tidak membiarkan dirinya dimanipulasi politik dan menasihati beliau supaya menolak 'hadiah istimewa' dari Taib secara sopan," demikian menurut kenyataan BMF semalam.

KNONEetua menteri dilaporkan telah menjanjikan hadiah sejurus
selepas Rinong memenangi pingat gangsa dalam acara terjun 10-meter wanita pada 10 Ogos dan muncul sebagai wanita Malaysia pertama memenangi pingat pertama du Olimpik.

Tanpa mendedahkan apakah hadiahnya, Taib (kanan) telah dipetik sebagai berkata beliau akan menyampaikannya selepas bertemu dengan Rinong.

Pandelela dilaporkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching awal hari ini.

Tiada ulasan: