Wan Ismail Wan Jusoh
Ahli Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh berkata, pihaknya difahamkan jawatankuasa itu ditubuhkan bagi menimbang semula pemberian royalti di negeri-negeri Pantai Timur.
“Memang Pahang berada dalam negeri Pantai Timur, namun negeri itu tidak ada minyak petroleum, jadi tidak usahlah mengheret Pahang supaya mendapat royalti.
“Pahang tidak ada kena mengena dengan minyak petroleum, jika Kerajaan Pusat mahu beri juga, kita (Pas) tidak halang, tetapi bayaran itu bukan atas tiket royalti sebab royalti untuk negeri yang mengeluarkan minyak dan gas,” katanya kepada Sinar Harian semasa Majlis Hari Raya Aidilfitri di Pejabat Pas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, di sini, semalam.
Beliau berkata, Kerajaan Pusat disaran menimbangkan semula royalti cadangan pemberian royalti kepada Pahang dan mengasingkan isu negeri itu.
Menurutnya, Kerajaan Negeri dan rakyat menuntut royalti dibayar secara tunai, bukan membentuk jawatankuasa khas.
“Sekadar mahu menubuhkan jawatankuasa memang sesiapa pun boleh buat, tetapi apa yang rakyat mahu, bayaran tunai dibuat dua kali setahun iaitu pada setiap 1 Mac dan 1 September setiap tahun.
“Penubuhan jawatankuasa khas ini seolah-olah satu tindakan melengah-lengahkan pembayaran yang boleh menyebabkan lama-kelamaan ia menjadi tidak sah dan terbatal,” kataanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan