Masjid
yang dibina bercirikan seni bina etnik menjadi daya tarikan kepada
masyarakat Muslim untuk berkunjung ke rumah ibadat tersebut. — Gambar
AFP
Presiden Persatuan Tionghua Muslim Negeri Melaka (Pertim) Mohd Mansor
Yap Abdullah berkata khutbah itu, yang akan mendapatkan kelulusan
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), mungkin akan diterjemah ke dalam
bahasa Melayu dan disiar di skrin layar di ruang jemaah bagi manfaat
jemaah bukan Cina.
Masjid Cina pertama di Melaka dan ketiga di Malaysia itu bercirikan seni bina China menerusi pembinaan dua kubah, menara besar serta dua pintu gerbang dan bumbung berlapis sebagai satu daya tarikan kepada masyarakat Cina muslim untuk berkunjung ke rumah ibadat itu, katanya kepada Bernama.
Masjid itu yang dianggar memakan belanja kira-kira RM7.5 juta di kawasan seluas dua hektar di Klebang Kecil, di sini, yang berdekatan Dataran 1Malaysia, dijangka siap pada awal 2014.
Kerajaan persekutuan memberikan peruntukan sebanyak RM5.9 juta, manakala RM1.6 juta menerusi dana dan sumbangan pelbagai pihak.
Mohd Mansor Yap berkata masyarakat Islam, khususnya di Melaka, tidak seharusnya berasa bimbang dengan kewujudan masjid mengikut kaum kerana ia tidak menjejaskan perpaduan umat Islam di negara ini.
Masjid yang mewakili setiap kaum di negara ini adalah untuk memudahkan proses pendakwahan, katanya.
“Contohnya, Masjid India di Kuala Lumpur menggunakan bahasa Tamil ketika menyampaikan khutbah Jumaat, begitu juga masjid Cina di Kelantan dan Perak yang menjalankan aktiviti pendakwahan dalam bahasa Mandarin, tetapi ada umat Islam bangsa lain yang menunaikan solat di sana,” katanya.
Mohd Mansor Yap berkata bahasa atau nama masjid hanya melambangkan identiti sesuatu kaum, namun perkara yang paling penting adalah niat bagi setiap individu untuk menunaikan ibadah. — Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan