KUALA LUMPUR,— Produser filem “Tanda Putera” mempertahankan tindakan mereka mengeluarkan gambar di laman Facebook promosi filem tersebut yang memaparkan Lim Kit Siang dengan kapsyen menuduhnya kencing di tiang bendera di hadapan rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris, yang didakwa blog Umno menjadi pencetus kepada rusuhan 13 Mei, 1969.
Pengarah “Tanda Putera”, Datin Paduka Shuhaimi Baba telah mengadakan sidang media Rabu lalu dan menafikan laporan penceritaan semula babak rusuhan tersebut di dalam filemnya menghina bendera Malaysia.
“Tanda Putera” masih lagi belum ditayangkan, namun trailer filem berkenaan dengan durasi 90 saat yang dimuat naik ke Internet telah menerima respon dan maklum balas kontroversi kerana ia menunjukkan seolah-olah komuniti masyarakat Cina harus dipersalahkan atas insiden 13 Mei itu.
Produser Pesona Pictures Sdn Bhd juga menuduh Lim bersifat “mudah terasa” terhadap penyiaran gambar yang menimbulkan kritikan daripada pemimpin Parlimen DAP berkenaan dan rakan politiknya.
Lim telah berulangkali menjelaskan dia hanya politikus muda pada 1969 dan tidak berada di ibu negara ketika rusuhan tersebut berlaku.
Namun blog penyokong Umno mendakwa Lim telah menjadi punca kepada berlakunya insiden rusuhan tersebut.
Awal tahun ini, laman sosial “Tanda Putera” telah memaparkan gambar Lim “dikasari” dengan kapsyen mendakwa ianya diambil selepas beliau kencing di tiang bendera kediaman menteri besar Selangor di Kuala Lumpur sejurus sebelum rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku.
Gambar itu bagaimanapun telah dikeluarkan bulan lalu setelah krew produksi filem berkenaan telah menerima ugutan dan ancaman.
Lim semalam berkata beliau berhak mengambil tindakan perundangan kerana hasutan sedemikian merujuk wataknya dalam laman Facebook “Tanda Putera”.
“Kenapa beliau mudah terasa?”
“Semua gambar itu boleh didapati dengan mudah di Internet,” kata Aida Fitri Buyong.
Beliau berkata kepada The Malaysian Insider gambar dan kapsyen yang dimuat naik di laman Facebook “Tanda Putera” adalah daripada perkongsian netizens dan boleh didapati dengan meluassebelum pun di muat naik ke laman Facebook mereka.
“Kami menggunakan gambar-gambar ini untuk kajian berkenaan pakaian, pemandangan, kereta, dan hanya mahu melihatkan filem ini menjadi lebih asli,” katanya.
Tambahnya lagi, Lim juga bebas mengemukakan kenyataan dan produksi akan tetap dengan pendirian mereka.-The Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan