Tun
Dr Mahathir Mohamad dibayangi ketakutan melampau terhadap seterunya,
Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang berdepan kejatuhan BN dalam
pilihan raya umum akan datang manakala Pakatan Rakyat pula diangkat
menggantikan Kerajaan Persekutuan.
“Melihatkan sikap Mahathir ini,
sebenarnya beliau dibayangi ketakutan (paranoid) terhadap Anwar. Sebab
itu beliau terpaksa menggunakan ideologinya sehingga sanggup menyamakan
Anwar dengan Obama.
“Satu
perkara yang perlu dijelaskan adalah Obama sudah dipilih jadi
Presiden. Adakah kerana Mahathir cemburu melihat dasar Obama lebih baik
daripada kawan ‘baiknya’ George W Bush,” kata Shamsul Iskandar Md Akin
ketika dihubungi.
Ketua
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu mengulas kenyataan mantan Perdana
Menteri itu menyamakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang dengan
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Shamsul
berkata, Mahathir perlu sedar kezaliman beliau semasa pentadbirannya
kerana menganiaya rakyat dan hanya menabur janji-janji kosong.
“Kalau ikutkan, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri paling zalim yang disaksikan rakyat sepanjang 22 tahun memerintah.
“Imbas kembali bagaimana beliau jadi Perdana Menteri, tidak ubah seperti pemimpin kuku besi Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Presiden Tunisia, Ben Ali,” katanya.
“Imbas kembali bagaimana beliau jadi Perdana Menteri, tidak ubah seperti pemimpin kuku besi Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Presiden Tunisia, Ben Ali,” katanya.
Mahathir nyanyuk
Ahli
Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan, Mahathir sudah
nyanyuk dan sebab itu beliau mengeluarkan kenyataan terdesak seumpama
itu.
“Dr
Mahathir nyanyuk kerana menyamakan Anwar bukan Perdana Menteri, beliau
adalah Ketua Pembangkang. Kalau nak tahu boleh tunai janji atau tidak
maknanya kena bagi mandat kepada beliau jadi Perdana Menteri dulu.
“Lagi satu Mahathir lupa kerana zaman pentadbiran Obama, peperangan dunia sudah tidak seteruk zaman George Bush,” katanya.
Mahathir
juga diingatkan jangan terlalu ghairah menunding jari memburukkan orang
lain sedangkan beliau sendiri hidup menganiayai rakyat.
“Kalau
Mahathir pertikaikan apa janji tidak ditunaikannya, kita pula tanya apa
janji yang beliau tunai selama 22 tahun jadi Perdana Menteri.
“Adakah janji beliau hanya sekadar mengkayakan kroni dan anak-anaknya sahaja. Beliau juga dulu berjanji mahu kayakan golongan Bumiputera dengan memilih Tajuddin Ramli, Pengerusi Eksekutif (CEO) syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), tapi tengok di mana Tajuddin sekarang?
“Adakah janji beliau hanya sekadar mengkayakan kroni dan anak-anaknya sahaja. Beliau juga dulu berjanji mahu kayakan golongan Bumiputera dengan memilih Tajuddin Ramli, Pengerusi Eksekutif (CEO) syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), tapi tengok di mana Tajuddin sekarang?
“Sebaliknya beliau hanya kayakan syarikat kroni seperti YTL dan Anandan Krishnan pula,” kata Johari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan