Siapa
agaknya yang ajar mereka buat begini.Ini adalah antara gelagat
budak-budak Bersih yang berhimpun sekitar Dataran Merdeka Khamis malam
menyertai himpunan ‘Janji Demokrasi’
.Mereka fikir boleh buat apa saja
sesuka hati hingga bulan dan bintang pada bendera negara, Jalur
Gemilang ditukar ke warna kuning dan dikibarkan di celah himpunan
itu.
Tak cukup itu warna bendera ditukar ke merah putih…macam bendera
Republik Singapura dan Indonesia.
Apakah ini bendera Republik Bersih Malaysia atau bendera negara jika pembangkang berkuasa?
Apakah mereka merancang hendak jadikan negara ini sebuah republik?
Juga tersebar risalah mengenai pertukaran bendera negara.
Mungkin pihak penganjur gabungan 47 NGO yang pro-Bersih boleh tolong jawab tentang perbuatan yang over dan biadap ini.
Ramai orang biasa di situ yang melihat gelagat ini terkial-kial budak-budak ini kedengaran mencemuhnya.
Puak
Bersih mungkin merasa syok sendiri dapat berkumpul sekitar Dataran
Merdeka.Namun kalangan orangramai yang ditemui wartawan meluahkan rasa
kecewa gara-gara mereka tiada majlis countdown ambang Merdeka seperti
yang diadakan setiap tahun.
Pada jam
11.30 malam dianggar sekitar 5,000 orang yang memakai t-shirt kuning
Bersih bercampur aduk dicelah-celah orang ramai yang datang ingatkan
ada countdown ambang Merdeka.
Pada awalnya 10.30 malam sekitar 1,000 orang sahaja yang kelihatan mundar mandir di situ.
Pada awalnya 10.30 malam sekitar 1,000 orang sahaja yang kelihatan mundar mandir di situ.
Geng
gabungan 47 NGO itu yang membawa ungkapan sama seperti Bersih menuntut
pilihanraya adil kemudiannya disertai oleh puak Selamatkan Jalan Sultan
yang mula berhimpun di Jalan Hang Jebat dekat Stadium Negara jam 8
malam.
Puak yang
menuntut kerajaan menghentikan pengambilan tanah untuk projek MRT
kemudiannya berarak ke jalan dekat stesen lama bas Klang.Mereka
bersurai jam 9.30 malam untuk ke Dataran Merdeka.
Polis
hanya berkawal memastikan lalulintas berjalan lancar dan tidak
mengambil sekarang tindakan terhadap mereka yang berhimpun di kedua
tempat.
Kawasan padang Dataran Merdeka telah ditutup kepada orang ramai kerana persiapan perbarisan Hari Merdeka pagi Jumaat.
Pada
sebelah petangnya polis telah menyatakan perhimpuan Janji Demokrasi
adalah haram kerana penganjur tidak memberi notis 10 hari seperti yang
ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman.
Namun penganjur berdegil hendak teruskan juga himpunan itu.
Kini
ramai ternanti-nanti apa pula alasan hendak digunakan oleh puak Bersih
ini untuk balon polis yang ‘berlembut’ terhadap himpunan haram mereka.
Puak ini
diketahui umum cuba berselindung disebalik kehadiran orangramai yang
kebiasaanya berpusu-pusu ke Dataran Merdeka untuk meraikan countdown
ambang Merdeka.
Pihak
penganjur cuba ‘ coverline’ menyalahkan pihak berkuasa sekat mereka
turut meraikan ambang Merdeka sedang kehadiran mereka adalah satu
perhimpunan yang terancang.
Kecuali
Timbalan Presiden PAS ,Mat Sabu,orang kanan PKR Tian Chua dan Fuziah
Salleh tiada pembesar pembangkang lain yang hadir di himpunan itu.
Seperti
mereka rancang,Datuk A Samad Said telah mendeklamasi sajak di depan
bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengadap ke Dataran Merdeka.
Himpunan itu mula bersurai sekitar jam 12.30 malam.
Tiada insiden tidak diingini berlaku.-Agenda Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan