MALAYSIA KINI
Kerajaan
Selangor mempertikaikan tindakan kerajaan Pusat yang didakwa mahu
menjual tanah tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan
Antarabangsa (MAHA) di Serdang untuk dibangunkan universiti swasta.
Exco Pertanian Negeri Selangor Yaakob Sapari berkata, selain harga yang sangat rendah, penjualan tanah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu memberi keuntungan beberapa kerat individu sahaja.
"Saya mendapat makluman dalam mesyuarat exco kerajaan negeri baru-baru ini bahawa tanah milik MARDI di Serdang sedang dalam usaha rundingan dengan beberapa pihak untuk dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata," ujar Dr Yaakob.
Nilai jualan tidak dinyatakan dalam kenyataan medianya hari ini. Bagaimanapun, media rasmi kerajaan negeri Selangorku melaporkan tanah itu ingin dijual dengan harga RM14.50 sekaki persegi sedangkan harga pasaran sekitar RM80 hingga RM100 sekaki persegi.
Dr Yaakob mendesak Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar tidak meneruskan jualan kerana tapak MAHA patut kekal sebagai pusat pertanian dan terus digunakan sebagai Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
Sebagai contoh, kata Yaakob, MAEPS yang akan berlangsung antara 23 November hingga 4 Disember depan atas tanah 200 ekar itu dijangka akan menarik kunjungan sehingga tiga juta orang.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu juga berkata, jika ada pihak swasta yang mahukan tempat itu untuk pembangunan universiti atau hospital, kerajaan negeri bersedia menawarkan tanah lain.
"Ekoran dari itu, kerajaan negeri Selangor menolak permohonan yang dibuat oleh pihak MARDI bagi menukarkan status tanah tersebut dari pertanian kepada perniagaan.
"Diharapkan pihak MARDI membatalkan permohonan jual beli tanah tersebut", kata Dr Yaakob.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan