HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 September 2012

Manifesto Selangor, manifesto putar alam

FREE MALAYSIA TODAY

Rakyat negeri itu berhak menuntut air percuma.



PETALING JAYA: Rakyat Selangor terperanjat apabila Menteri Besar Selangor menyebut manifesto Pakatan Rakyat 2008 bukanlah satu perjanjian, dakwa NGO di negeri itu.

Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menyifatkan manifesto itu sebagai putar alam yang setaraf dengan komunis dan sosialis.

“Amat tidak disangka setelah lebih 55 tahun kita merdeka kita mempunyai Menteri Besar yang memiliki tahap kefahaman sistem pemerintahan demokrasi yang sangat lemah,“ kata Pengerusinyan, Hamidzun Khairuddin.

Menurutnya, amat menyedihkan lebih empat  tahun  DAP,  PKR dan PAS memerintah Selangor banyak skandal yang berlaku.

“Dari skandal kewangan seperti skandal Talam, PKNS, Yayasan Selangor ke skandal moral.

“ Rupa-rupa nya ini semua ini dirancang untuk berlaku sesuai kerana manifesto mereka adalah manifesto tempelan, pembohongan dan penipuan,” tambah beliau.

GAPS mengulangi pendirian bahawa setiap isi rumah di negeri Selangor tak kira rumah batu, rumah kayu, rumah banglo, rumah teres, rumah kondo, rumah apartment, rumah pangsa, semuanya layak menuntut janji 20 meter padu air percuma.

Tiada ulasan: