Pekerja
syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), yang bertanggungjawab membangun
dan menguruskan kediaman penuntut Universiti Selangor (Unisel) di
Bestari Jaya, Kuala Selangor, bercadang mengadakan mogok kedua selepas
pihak pengurusan universiti milik kerajaan negeri masih gagal
melunaskan tunggakan gaji mereka sejak Julai lepas.
Ketua Residen
Komuniti Siswa JNSB Noorashikeen Mohd Stap berkata sebelum ini, pihak
universiti memberi jaminan akan membayar tunggakan itu dan meminta JNSB
membuka kaunter pendaftaran pelajar bagi semester baru pada 23 Ogos
lepas.
Bagaimanapun,
beliau berkata sehingga hari ini, kira-kira 55 pekerja JNSB belum
menerima gaji yang sepatutnya dibayar kepada mereka.
“Selepas
kita lancarkan mogok pertama pada 10 Ogos lepas, JNSB ada membuat
pembayaran gaji iaitu bagi setengah bulan Julai. Kami buka kaunter
pendaftaran pada 23 Ogos lalu berikutan perbincangan dengan Setiausaha
Kerajaan (SUK) negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
“Namun,
sehingga hari ini, kami kecewa apabila pihak pengurusan tidak
menjelaskan baki gaji bulan Julai dan gaji bulan Ogos kepada JNSB,”
katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Noorashikeen berkata berikutan sikap tidak bertanggungjawab pihak Unisel itu, ramai rakannya sudah mula mencari pekerjaan lain, dan ada yang terpaksa berhenti.
Noorashikeen berkata berikutan sikap tidak bertanggungjawab pihak Unisel itu, ramai rakannya sudah mula mencari pekerjaan lain, dan ada yang terpaksa berhenti.
“Kami
sudah memberikan kerjasama penuh, bila minta buka kaunter, kita sudah
buka, tetapi mana gaji kami semua,” katanya.Akhbar sebelum ini
melaporkan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri
Noh Omar mendakwa Unisel berhutang hampir RM15 juta dengan JNSB. Hutang
itu termasuk tunggakan bayaran melibatkan kos penyelenggaraan di
kampus induk dan operasi asrama universiti milik kerajaan negeri
Selangor tersebut.
Rentetan
isu itu, kerajaan negeri Selangor mengumumkan penubuhan sebuah panel
timbang tara yang diketuai Muhammad Khusrin bagi menyelesaikan masalah
antara Unisel dan JNSB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan