SHAH ALAM : Laporan isu penarikan diri pasukan beruniform pada Sambutan Kemerdekaan ke 55 anjuran Kerajaan Negeri, malam semalam akan dibentang oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamad Khusrin Munawi minggu depan.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah meminta Khusrin untuk menyemak isu berkenaan dan membentangkan laporan penuh itu.
“Berhubung penarikan beberapa pasukan beruniform daripada acara berkawad, setakat ini tiada sebab bertulis diberikan atas keputusan itu.
“Jadi Menteri Besar sudah meminta beliau menyemak seterusnya membentangkan laporan itu nanti,” katanya.
Beliau berkata Kerajaan Negeri juga percaya beliau (Khusrin) dan ahli jawatankuasa sudah membuat penelitian sepenuhnya terhadap senarai tetamu serta mengikut protokol bagi acara terbabit.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau dan ahli jawatankuasa lain atas usaha gigih dan komitmen ditunjukkan dalam membuat persiapan bagi acara berkenaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan