MSO
Seorang yang mengakui dirinya sebagai ahli veteran Umno telah
menghubungi saya apabila beliau membaca posting blog ini lewat malam
tadi berhubung cerita pegawai SPRM sedang 'menyiasat' kedudukan akauan
salah seorang ketua Umno bahagian di Kelantan yang dikatakan berjumlah
RM10 juta.
Menurut veteran itu beliau tidak merasa harian kalau ada ketua-ketua
bahagian yang memiliki wang jutaan ringgit kerana mereka hari ini
terdedah dengan pelbagai sumber kewangan mudah. "Ti saya tidak hairan
dengan apa yang you tulis itu," katanya menerusi telefon.
Katanya peruntukan diberikan oleh parti menerusi ketua-ketua bahagian
adalah antara sumber yang mudah dieksploitasikan untuk kemudahan sendiri
dan peluang melakukan penyelewengan begitu besar. Semua peruntukan
parti bagi tujuan kegiatan parti disalurkan menerusi ketua-ketua
bahagian. Ketua bahagian pula katanya diberikan kuasa besar tanpa
pemantauan untuk mengagihkan peruntukan berkenaan.
Pemberian tander atau kontrak kepada sesama ahli Umno tanpa diadakan
tander terbuka memudahkan lagi penyelwengan itu dilakukan tanpa
diketahui oleh mana-mana pihak. Di dalam Umno hari ini wujud seakan-akan
penyangak dengan penyamun, ujarnya.
Beliau juga tidak pelik kalau sesebuah bahagian disalurkan peruntukan
berjuta-juta dalam tempoh tertentu tetapi peruntukan itu tidak merata
kepada rakyat. Kerana Umno tidak pernah menghitung soal kewangan dan
disalurkan berapa saja asalkan ada janji peluang Umno menang cerah di
kawasan-kawasan berkenaan.
Sehubungan itu beliau berharap Umno memperbetulkan semula kaedah
penyaluran peruntukan ini untuk memastikan ia telus dan memberi kesan
kepada ahli. Beliau lantas memberi contoh bagaimana teknik berlaku
penyewelengan terhadap peruntukan diberikan itu.
Katanya kebanyakan projek atau pembelian untuk diberikan kepada rakyat
tidak dibuat secara tander terbuka dan kontrak dianugerahkan begitu
saja. Selalunya ketua bahagian akan memilih kroni untuk menerima kontrak
berkenaan.
Keadaan ini memudahkan berlaku penyelewengan. Bayangkan untuk membeli sebuah mesen jahit harganya tidak sampai RM3,000 tetapi ditambah sehingga
RM10,000. Begitu juga dengan pembelian lembu untuk korban harganya
ditambah sehingga mencecah RM8,000 hingga RM10,000 seekor sedangkan
harga dan proses penghantarannya hanya sekitar RM5,000 dan RM6,000
sahaja. Itu boleh tahan lagi ujarnya ada juga tuntutan-tuntutu dibuat
tanpa melakukan kerja dan invois kosong saja.
Kejadian ini semua diketahui oleh pemimpin atasan Umno tetapi didiamkan
sahaja kononya untuk menjaga maruah dan air muka Umno. Tetapi katanya
Tuhan kita Allah tahu akan dosa-dosa ini semua.
Dalam pada itu beliau berharap untuk membenteraskan perkara ini sudah
sampai masanya pihak berkuasa dalam Umno membuka pintu Umno untuk
disiasat oleh SPRM. Atau pun Umno mengadakan odit khas ke atas semua
peruntukan yang diberikan. Setiap pembelian dan perbelanjaan hendaklah
dipantau oleh odit khas.
"Saya bukan dengki mengenai peruntukan ini, tetapi saya mahu peruntukan
itu dibelanjakan dengan telus dan rakyat memperolehinya serta ketua
bahagian tidak berkuasa penuh," katanya.
Dalam perbualan selama lebih 20 minit itu veteran itu juga sempat
menyebut bagaimana wang untuk diberikan kepada pengundi luar dalam tahun
2008 itu tidak sampai ke sasarannya. Berjuat-juta wang diperuntukan
Umno yang dipunggah dari pelbagai sumber menjadi rebutan kalangan
pemimpin Umno manakala pengundi luar pula tidak diberikan peruntukan
itu.
"Seorang pemimpin Umno yang berkuasa ketika itu, dia sendiri telah ambil
RM4 juta untuk dirinya sendiri tanpa dicatat... manakala selebihnya
dibahagi-bahagikan kalangan ketua Umno," katanya.
Beliau sangat percaya kenapa sesetengah ketua bahagian berhempas pulas
untuk tidak melepaskan jawatan itu walaupun mereka tahu kapasiti dan
kebolehana mereka kerana ingin kaya mudah dengan jawatan itu. Sekiranya
sistem menyalurkan peruntukan ini diubah - tidak memberi kuasa penuh
kepada ketua bahagian sudah pasti penyelewengan ini dapat diatasi.
Tentang perangai ketua-ketua bahagian katanya, mereka kadang kala sudah
ditolak oleh ahli bahagian tetapi kerana segala tektik, politik wang
mereka akhirnya dipilih. Mereka sanggup membelanjakan seberapa banyak
untuk menang jadi ketua bahagian dan itu tidak merugikan mereka kerana
dengan berkedudukan sebagai bahagian mereka akan mendapat balik wang
rasuah dibelanjakan itu.
Caranya ialah mereka songlap peruntukan yang disalurkan menerusi mereka di peringkat bahagian.
Ahli veteran itu yang mengakui sudah 54 tahun menjadi ahli Umno sangat
berharap Umno mengizinkan seluas-luasnya untuk SPRM membuat penyiasatan
ke atas semua ketua-ketua bahagian Umno di Kelantan khasnya mereka yang
tidak ada sumber pendapatan tetap atau pun kedudukan di tahap menjadi
menteri atau timbalan menteri.
Mana-mana ketua bahagian yang sebelum ini pernah diintip oleh SPRM
termasuk yang pernah ditahan dan harta beruba kereta disita haruslah
dibenarkan SPRM menyiasat membersihkan mereka seluas-luasnya. Kalau
perlu katanya Umno juga perlu meminta mereka menyenairkan harta milik
mereka.
"Melihat kepada corak dan stail kehidupan mereka meragukan kerana
sesetengahnya memiliki rumah lebih dari satu begitu juga dengan kereta
mewah dan hartanah lainnya." Sambungnya.
Sekali katanya dia mengungkitkan ini bukan kerana dengki dan irihati
tetapi demi untuk menyelamatkan Umno. Ujarnya lagi sambil menambah
kenapa sesetengah ketua Umno Kelantan tidak dihormati rakyat ialah
kerana sikap mempamerkan kemewahan hidup melampau.
"You tulis dan ceritalah apa yang I laporkan ini kerana niat I
adalah ikhlas," katanya penuh berharap agar saya membuat catatan
mengenai isi hatinya ini. Beliau tetap yakin Umno tidak akan menjadi
kemegahan rakyat kalau masalah penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa
ini terus berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan