MAKA hebohlah para pencacai Umno melakukan fitnah kononnya bila PR
perintah, Jalur Gemilang akan bertukar. Dalil dan nas mereka adalah
terjumpanya beberapa orang anak muda membawa bendera seperti di atas
sewaktu rakyat turun beramai-ramai pada malam " Janji Demokrasi" di
Dataran Merdeka semalam. Mereka berpandukan sehelai dua bendera di
atas, tetapi mata mereka buta tidak dapat melihat ratusan bendera Jalur
Gemilang yang juga turut dikibarkan di malam itu.
Oleh kerana sememangnya dikenali sebagai parti fitnah, mereka tidak
boleh senang hidup tanpa fitnah. Jika sudah pasal bendera pun ingin
dijadikan bahan fitnah, ertinya pemikiran mereka sudah sampai ke tahap
longkang.
Wahai Umno, kami di dalam PR bukan mahu tukar bendera tetapi kami mahu
tukar kerajaan dan dasar korup yang kamu amalkan itu. Walaupun kita
tahu anak-anak muda sekarang sudah bijak dan tahu cerita sejarah "Sang
Saka" dan sejarah "Jalur Gemilang", tetapi objektif kami di dalam PR
jauh dari memikirkan soal tukar bendera.
Jika pun bendera negara kita ditukar, tetapi masih tetap dengan pemimpin
korup dan zalim tiada ertinya. Arahkan lah media-media murahan kamu
itu untuk mainkan isu bendera tersebut, tetapi fokus kami, rejim Umno
wajib ditumbangkan kerana yang zalim dan korup itu bukan bendera.
Bendera tidak salah walaupun mungkin tidak betul./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan