HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 November 2012

ADUN BN nafi buat kenyataan seksis terhadap Eli


 


 
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap Exco Kanan Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong semalam.

Penafian itu dibuat di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor selepas ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail bangkit mencadangkan kursus sensitiviti jantina diadakan untuk ADUN di Selangor dan cadangan itu disokong oleh ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Hannah kemudian membacakan keratan berita bahasa Melayu Malaysiakini berkenaan insiden itu semalam.

"Saya agak terkejut di mana seksisnya kenyataan saya semalam.

"Subang Jaya yang terperasan, atau exco yang terasa, sila sebutkan," kata Mohd Isa mempertahankan dirinya.

Hannah Yeoh kemudian memohon penjelasan lanjut dari Mohd Isa berkenaan insiden itu semalam.

Hannah: Apa maksud 'hutan diri you sendiri'?

Mohd Isa: Kalau buka hansard, saya tak sebut hutan diri you sendiri. Saya sebut hutan simpan Bukit Lanjan, itu sahaja yang saya sebut.

Bagaimana pun, hansard persidangan DUN semalam masih lagi belum disediakan sewaktu berita ini ditulis.

Tiada ulasan: