Anwar ibrahim VS Hadi Awang : Tun
Dr Mahathir. Satu nama yang tak asing dengan dunia politik negara.
Walaupun sudah lama bergelar mantan Perdana Menteri, tetapi Tun Dr
Mahathir masih lagi ligat berpolitik dan acapkali mengeluarkan kenyataan
di media. Kalau sebelum ini Tun Dr Mahathir pernah mengeluarkan
kenyataan kontroversi yang berbunyi seperti ini….
Tun Mahathir ada sebab musabab kenapa
beliau bagi kenyataan yang sebegitu rupa. Apabila ditanya lebih lanjut,
ini jawapan balas Tun Dr Mahathir :
“Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita (UMNO Barisan Nasional) adalah syaitan yang orang kenal. Mereka (Pakatan Rakyat) adalah malaikat yang orang tidak kenal,” kata Tun Dr Mahathir
“Malaikat” itu bukanlah golongan yang suci kerana kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah,” katanya
Itu kenyataan Tun Mahathir 3 bulan
lepas. Terbaru, Mahathir menemplak Abdul Hadi Awang dengan mengatakan
mungkin syaitan menyokong Presiden PAS tersebut susulan kenyataan Abdul
Hadi Awang di Muktamar PAS baru-baru ini. Walaupun kalau disemak
kenyataan Abdul Hadi Awang, tiada disebut sama sekali parti UMNO Barisan
Nasional tetapi kalau dalam bahasa politik semua orang sedia maklum
kenyataan tersebut ditujukan “khas” kepada pesaing politik mereka iaitu
UMNO Barisan Nasional.
Anwar Ibrahim VS Hadi Awang : Hadi Disokong Syaitan?
Anwar Ibrahim VS Hadi Awang : Anwar sama Teruk Dengan Obama!
Nak pilih Anwar sebagai Perdana Menteri? Walaupun undian yang kami pernah buka sebelum ini pada laporan berita bertajuk “Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?”
menunjukkan 59% daripada 4,842 respondenyang mengundi di Berita Semasa
sebelum ini lebih gemar memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri
tetapi bekas bos Anwar Ibrahim sebelum ini merasakan Anwar ibrahim tidak
layak bergelar Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Sebab? Sebab yang
diberikan Tun Dr Mahathir mudah sahaja, Anwar ibrahim sama teruk dengan
Barack Obama.
“Janji banyak, jani hebat tetapi banyak yang tak tertunai. Dalam bahasa mudahnya, cakap tak serupa bikin”
Parti Keadilan Rakyat PKR & DAP mahu
Anwar, segelintir perwakilan PAS pulak mahukan Hadi Awang jadi Perdana
Menter seperti yang berlaku pada muktamar PAS baru-baru ini. Terbaru.
Tun Dr. Mahathir pula mahukan Karpal Singh pula menjadi Perdana Menteri
Malaysia.
Kalau begitu apa pula pilihan anda di
sini jika diberikan pilihan untuk memilih Perdana Menteri Malaysia
daripada Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim VS Hadi Awang atau anda ada calon yang lain? Mengapa?
Mana satu pilihan anda bagi Calon Perdana Menteri daripada Pakatan Rakyat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan