Apa
yang boleh kami katakan berpinau juga kami melihat angka-angka yang
diberikan oleh Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen. Apakah yang
diselenggarakan sehingga mencecah jutaan ringgit setiap tahun? Mana
tidaknya, kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri & Timbalan
Perdana Menteri iaitu hanya 2 biji sahaja telah pun mencecah sejumlah
RM12 juta selama tempoh 3 tahun.
Jawapan di Dewan Rakyat : Berapakah Kos Selenggara Rumah Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri?
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
menjawab melalui jawapan bertulis bagi soalan yang dikemukakan oleh Ahli
Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Dewan Rakyat.
Jawapannya, umlah kos selenggara rumah Perdana Menteri & Timbalan
Perdana Menteri bagi tempoh empat tahun iaitu daripada tahun 2008
sehinggalah 2011 adalah berjumlah RM12,094,707.06. Di mana :
Perincian kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tahun 2008 hingga 2011.
- Kos selenggara kediaman rasmi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) di Sri Perdana : RM6,977,401.80
- Kos selenggara kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yaasin) di Sri Perdana : RM5,117,305.26.
Kos penyelenggaran Kediaman Sri Perdana :
- tahun 2008 – RM1,896,616.80
- tahun 2009 – RM1,686,616.80
- tahun 2010 – RM1,520,514.00
- tahun 2011 – RM1,873,654.20
Kos Penyelenggaran Kediaman Sri Satria :
Rumah Sri Satria
- tahun 2008 – RM1,129,992.00
- tahun 2009 – RM1,130,007.26
- tahun 2010 – RM1,401,502.00
- tahun 2011 – RM1,455,804.00
Tidak
kami sangka Istana yang sedemikian indah menjadi mangsa perbuatan
vandalisme sehingga kos penyelenggaraannya mencecah jutaan ringgit.
Teruk sangatkah ”workmanship” sehingga terpaksa berbelanja dan berhabis
sedmeikian rupa?
Mungkin di zaman TV hitam putih,
kami mungkin tidak dapat maklumat & melakukan sedikit kajian
terdapat sesuatu laporan berita yang dikeluarkan…Tetapi tidak untuk
sekarang ini. Semakan kami menunjukkan terdapat satu laporan berita yang
menarik perhatian kami yang dikeluarkan portal Hufing Post & New
York Magazine di mana ada kaitannya untuk dijadikan renungan…
Obamas Paying for White House Renovations PersonallyAt a time when people are having trouble holding on to their houses, Barack and Michelle Obama have sensibly decided not to use taxpayers’ money to renovate theirs. New presidents are allotted $100,000 to overhaul the White House residence and the Oval Office, and the Obamas hired Hollywood decorator Michael S. Smith (known, per his site, for mixing “Old World classicism with very contemporary settings”). But the First Couple isn’t spending that money. They “are not using public funds or accepting donations of goods for redecorating their private quarters,” says Camille Johnston, director of communications for the First Lady. Nor is the couple, who reported $4.2 million in household income in 2007 tax returns, using money from the White House Historical Association, a privately funded foundation that paid for a $74,000 set of china shortly before Laura Bush left town.But does this mean they’re going to spend more than $100,000 or less? Though Michelle Obama has talked up Pottery Barn, Smith’s client list includes cost-is-no-object types like Rupert Murdoch, Steven Spielberg, and former Merrill Lynch CEO John Thain—for whom he procured that $87,783 rug. “There’s no question that he’ll get it done in the way that it’s supposed to be done,” says Smith client and Democratic donor Katherine Chez. “But how, I don’t know.” The White House declined to disclose the budget, saying that all expenses would remain private as a result of the Obamas’ decision to absorb the cost.
Apa
yang diharapkan tidaklah sampai kami mahu melihat seorang pemimpin kami
bergelandangan ataupun tinggal di kediaman yang serba tidak cukup
tetapi harapan kami, kalau boleh kurangkanlah siri-siri pembaziran. Seperti laporan berita yang pernah kami keluarkan sebelum ini, kita sudah tahu yang mana :
Jika
pemimpin negara maju seperti negara Amerika Syarikat mampu membezakan
yang mana satu keperluan penting untuk negara dengan kehendak diri
sendiri apatah lagi melibatkan duit pembayar cukai di Malaysia, mengapa
tidak seorang pemimpin negara membangun seperti Malaysia mencontohinya.
Mencontohi apa yang baik, mengapa tidak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan