Kadar Pengangguran di Malaysia
: Selama yang kami perhatikan cara kalangan menteri apabila berhujah,
acapkali terus membandingkan dengan negara-negara lain bagi menunjukkan
negara kita masih lagi terhebat, terendah dan termurah. Kami tiada
masalah jika perbandingan yang dibuat itu jika perbandingan yang dibuat
adalah secara adil dan terperinci. Bukan separa-separa dan mengambil
sipi-sipi data sahaja seperti ini….
Sebelum
ini seorang lagi menteri pernah membuat perbandingan dengan negara
ASEAN lain berdasarkan laporan yang telah kami keluarkan sebelum ini
yang bertajuk “(KAJIAN) Kos Pemilikan Kereta di Malaysia Antara Terendah & Murah VS Negara ASEAN Lain? Benarkah?“. Kali ini kita perhatikan perbandingan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop…..
Kadar Pengangguran di Malaysia RENDAH!!
Kadar pengangguran di Malaysia sekarang berada di bawah paras tiga peratus berbanding negara-negara maju di Eropah yang mencecah sehingga 21 peratus. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kadar itu membuktikan Kerajaan Pusat berjaya menguruskan ekonomi negara dengan baik dan bijaksana. Beliau berkata, banyak negara maju tidak mampu mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan pekerja lama juga dikurangkan sehingga kadar pengangguran dalam kalangan mahasiswa mencapai 50 peratus. ”Jika kadar pengangguran di bawah tiga peratus, maka boleh dianggap tidak ada pengangguran di negara ini. ”Keadaan ini kerana kerajaan menganjurkan Karnival Kerjaya sejak beberapa tahun lalu bagi menemukan majikan dengan pekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan,” katanya di sini.Sebanyak 40 majikan membuka kaunter masing-masing dalam karnival selama dua hari itu yang bermula hari ini. Karnival itu menawarkan sebanyak 1,445 peluang pekerjaan dengan lebih 1,000 daripadanya ditawarkan kepada bukan graduan manakala sebanyak 426 kekosongan ditawarkan kepada graduan lepasan universiti. Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, selain itu, kerajaan turut mewujudkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) untuk lepasan universiti. ”Mereka yang tidak mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan dilatih selama setahun dan dibayar elaun sebanyak RM1,000 sebulan.“Kita latih mereka untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, kemahiran berbahasa Inggeris dan mempelajari teknologi maklumat bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan,” katanya. Selain itu, tambah beliau, kerajaan turut menggalakkan lepasan sekolah mengikuti latihan kemahiran bagi meningkatkan peluang mereka menjadi pekerja mahir. ”Pekerja mahir amat diperlukan kerana mereka boleh menikmati gaji lumayan berbanding kerjaya seperti peguam dan doktor,” ujarnya.
Tahniah
dan terima kasih kerana beberapa usaha yang telah dilakukan oleh
kerajaan sekarang bagi membendung kadar penganguran di Malaysia. Tetapi…
Walaubagaimanapun.
Sudah ada tetapi, guna perkataan walaubagaimanapun pula? Yang mana
satu? Ok. Walaubagaimanapun jikalau kita lihat di negara-negara Eropah
seperti yang Menteri mahukan untuk dibuat perbandingan atas nama kadar
pengangguran di Malaysia, hakikatnya pemuda Eropah sengaja tidak mahu
bekerja kerana mereka bakal menerima elaun sebab di sana ada elaun yang
dipanggil ”Unemployment benefits”
Itu
sebab kalau mahu buat perbandingan biarlah secara lengkap &
terperinci bukan ambil data secara separa-separa atau
sipi-sipi…Contohnya :
Seperti di Perancis :
Kalau di Britain pula :
- Suri rumah bersalin, ada kakitangan kerajaan yang ditugaskan untuk membantu mereka sementara dalam tempoh pulih (kalau di Malaysia dipanggil “berpantang”), selama beberapa jam satu hari, untuk basuh baju, masak dan kemas rumah. Tidak perlu bayar satu sen pun, sebabnya kerajaan Perancis tolong bayarkan atas nama pembayaran cukai yang dikenakan di Perancis. Selain itu, bersalin di hospital “free of charge”, tidak kiralah anda pendatang atau warganegara Perancis.
- Suri rumah tidak bekerja termasuk setiap rakyat Perancis yang tidak bekerja dapat elaun bulanan cukup untuk duit makan, dan bayar bil, termasuk sewa rumah.
- Doktor kerajaan akan naik gaji jika jumlah pesakitnya berjaya dikurangkan. Contohnya, jika doktor A ada 50 pesakit tetap darah tinggi, setahun kemudian jumlah pesakit tetap 50 orang tu berjaya dikurangkan kepada 45 orang, doktor tersebut akan naiklah gajinya tidak termasuk bonus. Cara yang mudah tetapi sangat berkesan dan praktikal bukan?
- Kos pelajar belajar adalah “percuma” termasuklah kelengkapan belajar..
- Semua yang tidak bekerja akan dapat “unemployment benefit”, elaun bulanan, macam ada satu keluarga 6 orang tidak bekerja semua dapat elaun bulanan, sehingga mereka boleh gunakan untuk beli kereta lagi. Elaun seorang macam sebulan gaji kat sini.
- Kemudahan kesihatan “free of charge”, untuk semua hospital
- Pendidikan adalah percuma di sana, waima fotostat sehilai kertas sekalipun….
Termasuklah
lain-lain negara Eropah seperti Ireland, Jerman, Sweden, Finland,
Itali, Belanda, Sepanyol termasuklah Arab Saudi yang mengagihkan
kekayaan negara mereka dengan memberikan setiap tahun kepada setiap
daripada rakyatnya sekitar USD40,000. Sebab itulah kalau kita lihat
ramai benar pelancong yang kalangan negara-negara seperti ini datang
melancong ke negara kita.
Ya…benarnya mungkin ada yang merasakan kerja di Malaysia cukup banyak. Buktinya? Buktinya….
- Hendak dikatakan begitu banyaknya kerja kosong di Malaysia sekarang ini, sehinggakan ramai rakyat Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan Nepal contohnya berebut-rebut dan berpusu-pusu datang mencari rezeki di Malaysia.
Bagi
kami itu bukan itu bukan satu penanda aras yang sesuai ketika ini. Yang
diperdebatkan sekarang ini adalah, peluang pekerjaan untuk kategori
profesional dan pengurusan kepada puluhan ribu siswazah tiada kerja
setara dengan kelulusan mereka.
Semakan
kami menunjukkan jumlah penganggur di Malaysia masih berada paras
tinggi iaitu seramai 347,200 orang masih lagi menganggur pada kadar 2.7
peratus berdasarkan data pada Ogos 2012. Kalau disemak perangkaan utama
tenaga buruh negara yang dikeluarkan pada bulan Ogos 2012 jumlah tenaga
buruh ialah sebanyak 12.9 juta orang di mana hanya 12.57 juta orang
sahaja yang berkerja manakala
jika banyaknya peluang kerja untuk kategori profesional &
pengurusan, bukannya kehadiran Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan Nepal
yang kita patut bangga, sebaliknya rakyat Australia, Jepun, Britain
sanggup menjadi pendatang haram di Malaysia semata-mata untuk mencari
rezeki di negara kita. Ada bezanya di situ….
Masalahnya
sekarang ini, tiada “matching” antara kemasukan ke universiti (dengan
kursus yang ditawarkan) dengan keperluan industri, untuk 5,10, 15 tahun
akan datang. Sedangkan beberapa kursus yang sudah “tepu” masih lagi
ditawarkan walaupun diketahui kalangan siswazah akan menghadapi
kesukaran untuk mendapatkan kerja. Ini yang perlu diselesaikan….
Apa
pendapat dan cadangan anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan