HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 November 2012

Harimau tumbang, salah siapa?

 
Keputusan FAM membawa pemain import ke liga Malaysia musim ini sedikit sebanyak membawa kepada kekalahan pasukan Rajagopal itu.



PETALING JAYA: Kemegahan bola sepak negara kini sudah menuju penghujung. Kecemerlangan dalam Piala AFF 2010 dan Sukan SEA1999 serta  2011 sudah tidak bermakna lagi.

Kekalahan 0-3 kepada musuh ketat Singapura malam tadi menyebabkan skuad berada dalam laluan sukar untuk mempertahankan mahkota kejuaraan.

Khamis ini negara akan berdepan Laos dan perlawanan terakhir ialah menentang Indonesia. Kedua-duanya bukan lawan yang mudah.

Kini semua pihak baik di kalangan penguasa FAM dan penyokong – menyalahkan Datuk K Rajagopal – pengendali pasukan kepada kekalahan pasukan negara.

Bola sepak adalah permainan berpasukan. Sepanyol memenangi Piala Dunia 2010 dan Eropah dua tahun kemudian bukan kerana Fernando Torres seorang.

Malaysia menjuarai Piala Suzuki dan sukan SEA bukan Rajagopal seorang.  Ini bermakna juga kekalahan ini bukan kerana beliau seorang diri.

FAM perlu bertanggungjawab kepada kekalahan ini. FAM memang tidak serius dalam pembangunan bola sepak negara.

Pemain import yang `terbuang’

Keputusan FAM membawa pemain import ke liga Malaysia musim ini sedikit sebanyak membawa kepada kekalahan  pasukan Rajagobal itu.

Sebelum musim 2012, bola sepak negara telah berada dalam landasan benar. Memenangi tiga piala berturut-turut merupakan kejayaan luar biasa untuk pasukan negara.

Kejayaan itu diperolehi ketika tidak ada pemain dalam liga Malaysia.

Tetapi FAM mengubahnya kononnya supaya liga tempatan ini perlu penyertaan pemain asing seperti dilakukan liga negara-negara lain.

Malangnya bola sepak negara adalah sebuah liga yang tidak kompetatif. Hanya pemain import yang `terbuang’ datang ke sini.

Bekas jurulatih negara, B Sathianathan pernah menyifatkan liga Malaysia tidak membantu bola sepak negara.
Mungkinkah Rajagopal akan mengeluarkan kenyataan serupa selepas ini? Sama-sama kita tunggu.

Tiada ulasan: