Hasan
Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hasan Ali berkata, tindakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu yang mempersoalkan teguran Sultan Selangor seolah-olah cuba menasihati baginda supaya mendapatkan gambaran jelas sebelum membuat kenyataan media.
“Sekali lagi saya merasakan Dr Zulkefly meletakkan dirinya terlalu tinggi hingga berasakan Institusi Kesultanan dan batang tubuh Tuanku Sultan boleh 'dipermainkan' sesuka hati.
“Dr Dzulkefly juga bagi saya merendahkan martabat baginda Sultan yang terkenal dengan sifat sangat berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, Sultan Selangor akan merujuk kepada mereka yang berautoriti untuk mendapatkan pelbagai pandangan sebelum sesuatu keputusan dan kenyataan dikeluarkan kepada umum.
“Nurul Izzah disifatkan sebagai jahil dalam agama Islam di samping umur yang terlalu muda untuk mengulas hal-hal akidah yang begitu berat konotasi dan implikasi,” katanya.
Sambil menafikan Dzulkefly mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Selangor, Hasan menyindirnya ketika beliau menggalas tugas Exco Agama Islam Selangor, beliau tidak pernah melihat Dzulkefly terlibat dalam majlis diraja khususnya acara mengenai Islam dan adat istiadat Melayu.
Tindakan Dzulkefly mempertahankan kenyataan Nurul Izzah juga katanya, adalah tidak wajar kerana Naib Presiden PKR itu disifatkan sebagai jahil dalam agama Islam, di samping umur yang terlalu muda untuk mengulas hal-hal akidah, yang begitu berat konotasi dan implikasi.
“Bila anak Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan 'carbon copy' ayahandanya, antara pimpinan Pas yang melompat mempertahankan pendirian Nurul Izzah ialah Zulkefly hingga beliau sanggup merendahkan martabat istana dan Tuanku untuk dijadikan justifikasi mengiakan pandangan Nurul Izzah itu,” ulasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan