Pintasan
Iron Dome ke atas roket Palestin semasa pertempuran lapan hari di Gaza
melibatkan kos sebanyak $25 juta hingga USD30 juta, lapor kerajaan
Khamis lalu, berhujah bahawa sistem yang disokong Amerika Syarikat itu
adalah pelaburan yang sangat berbaloi.
“Andai
Iron Dome diniagakan di bursa saham (Tel Aviv) atau Nasdaq, harga
sahamnya akan naik berlipat kali ganda,” ujar Menteri Pertahanan Awam
Avi Dichter kepada Radio Israel dalam satu temu bual di mana beliau
menerangkan perbelanjaan sistem tersebut.
Menggunakan
peluru berpandu pemintas berpandukan radar, bateri Iron Dome yang
ditunda menggunakan lima trak menembak jatuh 421 dari kira-kira 1,500
roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza antara 14 Nov sehingga
Rabu lalu, lapor pihak tentera.
Ini
meletakkan kadar kejayaan Iron Dome pada 90 peratus. Untuk mengurangkan
kos, Iron Dome yang melancarkan dua peluru berpandu sekaligus hanya
memintas roket yang mengancam kawasan berpopulasi padat.
Serangan
roket telah membunuh lima rakyat Israel dan berpuluh-puluh cedera
semasa konflik, lapor pihak polis. Tiga terkorban di pantai Ashdod pada
hari sistem berkenaan mengalami kerosakan, seperti yang diberitahu
Rafael Advanced Defence Systems Ltd, pengeluar Iron Dome milik Israel.
Seorang
pegawai kanan kerajaan menganggarkan bahawa peningkatan itu boleh
melibatkan kos sebanyak $380juta sehari kepada Israel. Dalam mengekang
risiko tersebut, Amerika Syarikat telah membantu pembiayaan Iron Dome.
Rabu lalu, Presiden Barack Obama berjanji untuk terus memberi sokongan.
Israel
berkata mereka memerlukan 13 bateri untuk pertahanan negara yang
memuaskan. Satu sumber industri pertahanan meletakkan kos sekitar USD50
juta seunit.
Fokus
serangan udara Israel ke atas Gaza adalah stok simpanan dan silo roket
yang diimport atau diubahsuai oleh Hamas dan pihak lain. Pegawai
perubatan Gaza melaporkan seramai 162 rakyat Palestin terbunuh dan
lebih separuh daripada mereka adalah orang awam.
Roket yang
paling berbahaya adalah roket yang direka Iran, Fajr-5S dengan julat
75 km (46 batu) dan 175 kg (385 lb) kepala peledak, walaupun Hamas juga
menggunakan versi buatan Gaza, “Qassam M-75″.
Iran
menafikan membekal senjata kepada rakyat Palestin. Tetapi laman web
Iranian Young Journalists Club web pada Rabu lalu memetik komander
Pengawal Revolusi di republik Islam berkenaan, Mohammad Ali Jafari,
mengatakan “pihak tentera Gaza memiliki teknologi peluru berpandu Fajr-5
dan sekarang beberapa peluru berpandu telah dibuat dan tersedia untuk
mereka “.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan