KUALA LUMPUR:
Biarpun hujat lebat turun sejak jam 2 petang tadi, ianya tidak
mematahkan semangat lebih 2,000 rakyat berarak ke ibu pejabat Felda di
Jalan Semarak di ibu negara.
Perarakan itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi Israel sedangkan negara haram itu sejak berdekad lalu membunuh umat Islam Palestin di Gaza tanpa belas kasihan termasuk terbaru sepanjang lapan hari yang lalu.
Mereka
melaungkan slogan, hancur Yahudi!, henti jual minyak!, Felda jangan
jadi talibarut Yahudi dan pelbagai lagi sebagai membantah tindakan
Felda itu.
Antara
pimpinan PAS yang mengetuai himpunan itu hari ini termasuk Timbalan
Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman dan Timbalan
Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
Selain
bantahan terhadap penjualan minyak kepada Israel, himpunan itu juga
antara lain menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham
syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda.
Nik Mohd
Abduh ketika berucap turut mengecam tindakan Felda yang bertindak
meneruskan dagangan dengan Israel walaupun semua pihak memulau negara
haram itu.
“Kita mahu semalamatkan felda dan mengembalikan ia kelandasan yang benar serta hentikan prosres dagang dengan Israel,” katanya.
Mazlan
pula berkata, tindakan felda menjual minyak kepada Israel menunjukkan
kerajan Malaysia tidak pernah seriaus membela nasib umat Islam di
Palestin.
“Pendirian dan sensitiviti kita serta umat Islam perlu diambil kira. Hentikan segera segala urusan dagangan tersebut.
“Jangan
kita menjadi penyumbang kepada darah yang mengalir di gaza. Jangan
bersekongkol membunuh anak Palestin dan umat Islam,” katanya.
Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ucapannya pula, mahu Malaysia menghentikan semua hubungan dagang dengan negara haram Israel.
“Saban hari rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan dizalimi.
“Kita bercakap membebaskan palestin, tetapi Felda jual minyak kepada Israel,” katanya.
Ketika membuat cadangan itu juga, Mazlan turut menunjukkan bukti berupa dokumen invois penjualan minyak sawit tersebut.
Felda tolak memorandum
Sementara itu, deligasi untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda itu hari ini tidak dibenar masuk.
Difahamkan wakil Felda menolak untuk mengadakan pertemuan dan menerima memorandum tersebut di dalam pejabat mereka.
“Oleh
kerana layanan begitu buruk, maka saya isytihar dalam masa tujuh hari
jika felda di Pasir Gudang tidak hentikan penjualan minyak kepada
Israel, maka kita akan datang dengan jumlah yang lebih besar,” kata
Mazlan.
Himpunan tersebut bagaimanapun bersurai kira-kira jam 3.15 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan