Di
waktu pemimpin politik bertelagah mengenai penyediaan pendidikan
percuma di Malaysia, timbul dakwaan bahawa hutang menggunung yang
dipinjamkan dari Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
mungkin tidak dapat diperolehi semula dalam masa singkat.
Sumber yang dekat dengan agensi tersebut mendakwa, sejumlah besar
daripada pinjaman RM45.41 bilion itu diberikan kepada pelajar yang tidak
lagi dapat dijejaki.
Sumber mendakwa, data elektronik dalam Sistem Pengurusan Pinjaman
Pendidikan (Elmas) yang berusia 10 tahun, kini usang dan PTPTN tidak
menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan bayaran hutang itu kembali.
Sejumlah RM7.83 bilion yang diagihkan kepada 1.14 juta pelajar sehingga
31 Ogos 2012 masih belum diperolehi semula, manakala kadar bayaran
semula pada tahap 49 peratus.
Perkara itu berterusan walaupun selepas anak syarikat Kementerian
Kewangan, Prokhas Sdn Bhd disingkirkan pada 2010, ekoran laporan Ketua
Audit Negara yang menyatakan kegagalan membangun sistem bagi mendapatkan
semula bayaran hutang selepas dibayar RM1.5 juta.
Sistem tersebut menyebabkan PTPTN terpaksa menggunakan semula sistem Elmas, yang diputuskan tidak memuaskan pada 2006.
Susulan itu, PTPTN perlu membayar pembangun Elmas, Paradigm Systems Sdn
Bhd, sejumlah RM26 juta lagi untuk membuat semula kerja terbabit.
Ketua pegawai eksekutif PTPTN Agos Cholan keberatan untuk mengesahkan
jumlah tersebut dan memberi alasan ia merupakan kes sensitif. -MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan