Mahmoud
Al Sammouni, yang berusia 15 tahun, berdiri di depan Kedutaan Amerika
Syarikat, sekutu Tel Aviv, dan menggesa Israel menghentikan keganasan
tenteranya di Gaza yang dilaporkan meragut nyawa 100 penduduk di
wilayah yang terkepung itu.
Di bawah pengawasan mata pengawal keselamatan
kedutaan itu, Mahmoud menjadi tumpuan apabila wartawan, jurugambar dan
jurukamera berasak-asak untuk mendekatinya di luar bangunan yang
terletak di Jalan Tun Razak yang sibuk di pusat bandar Kuala Lumpur.
Mahmoud,
seorang daripada 11 saksi rakyat Palestin pada prosiding Suruhanjaya
Jenayah Perang Kuala Lumpur berkaitan Palestin yang sedang berlangsung,
membawa sepanduk berbunyi, ‘Kenapa anda biarkan perkara yang sama
berlaku lagi di Gaza?’
Bercakap
menerusi seorang jurubahasa, beliau berkata “Saya ingin menggesa
tentera Israel berhenti menindas penduduk Gaza terutama kanak-kanak.
“Saya berharap orang akan mendengar suara saya dan Malaysia boleh membantu menghentikan keganasan tentera Israel.”
Mahmoud telah memberi keterangan bapanya ditembak walaupun mengangkat tangan sebagai tanda menyerah diri semasa serangan Israel. Turut terbunuh adik lelakinya yang berusia empat tahun.
Mahmoud telah memberi keterangan bapanya ditembak walaupun mengangkat tangan sebagai tanda menyerah diri semasa serangan Israel. Turut terbunuh adik lelakinya yang berusia empat tahun.
“Saya
telah kehilangan ramai anggota keluarga di tangan Israel namun saya
akan berjuang sehingga kami mencapai kemenangan, dan saya berdoa Tuhan
akan membantu kita,” kata remaja itu yang menyelempangkan sehelai skaf
Palestin di bahunya.
Beliau diiringi wakil Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF).
Terdahulu,
Presiden PGPF Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melancarkan Tabung
Kecemasan Gaza, menggesa rakyat Malaysia terus memberi bantuan dalam
pelbagai bentuk kepada penduduk Gaza yang sedang ditindas Israel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan