Oleh: WFAUZDIN NS
TENTU kita masih ingat bagaimana penyanyi rock, Amy Search telah
menjemput Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz untuk merasmikan restoren
beliau yang diberi nama 'Restoren Cheng Ho'bertempat di Wangsa Maju.
Ketika itu, restoren tersebut amat laris apatah lagi ramai yang tahu
bahawa Tuan Guru Nik Aziz yang merasmikan restoren tersebut.
Tahukah anda, restoren yang telah beroperasi hampir 4 tahun itu kini
telah ditutup akibat mempunyai berbagai masalah? Ini lah yang telah
dilaporkan oleh Kosmo baru-baru ini. Amy Search, yang begitu bangga
dapat menyertai Umno memberi komen terhadap tragedi restorennya itu
berkata, "Saya sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi
akhirnya terpaksa ditutup," katanya.
![]() | ||
| Tuan Guru Nik Aziz di Restoren Cheng Ho |
Beliau telah memulakan perniagaan tersebut dengan modal sebanyak
RM250,00 empat tahun lalu. Dia kemudiannya telah menyerahkan segala
urusan perniagaan kepada seorang rakan namun ia berdepan dengan pelbagai
masalah. Mulanya ramai yang beranggapan restorennya itu akan
bertambah maju dan besar sebaik sahaja beliau secara terbuka mengisi
borang keahlian Umno, ternyata meleset samasekali. Benarlah, rezeki
bukan di tangan Umno.
Begitu juga dikhabarkan dengan perniagaan Restoren Ikan Bakar Sekinchan
yang dimiliki oleh Jamal, satu nama yang terkenal akibat beberapa
kelakuan bodohnya di dalam beberapa isu berkaitan demontrasi. Budaya
ampu dan bodek terhadap sang Penguasa ternyata tidak mendatangkan
hasil. Sekali lagi kita perlu ingat, rezeki bukan di tangan Umno.
![]() |
| Imbas kembali - Perasmian Restoren Cheng Ho Oleh Tuan Guru Nik Aziz |
Ada hikmahnya Amy Search tidak menyertai kita walaupun awalnya ramai
yang beranggapan beliau menyokong perjuangan Tuan Guru Nik Aziz.
Bayangkan jika beliau bersama kita, apakah kita tidak turut merasa malu
dengan beberapa aksi anaknya secara terbuka yang amat mengaibkan?
Eloklah beliau berada di sebelah sana kerana di situ pasti tiada siapa
yang akan menegur apa jua yang beliau atau anaknya lakukan bahkan
anaknya Nabila dibenarkan tampil dikaca TV secara terbuka dengan pakaian
yang terasa malu untuk kita menyebutnya.
![]() |
| Akhirnya, serah borang Umno |
Adakah masih ada lagi "Mentari Merah Di Ufuk Timur" ? Antara "Isi dan Kulit" , Amy Search memilih telah memilih kulit. /wfauzdin.blogspot.com



Tiada ulasan:
Catat Ulasan