THE MALAYSIAN INSIDER
GEORGE TOWN — Percanggahan pendapat antara pakatan
pembangkang terhadap usaha kerajaan pusat mewujudkan Tabung
Penyelenggaraan 1Malaysia (TP-1Malaysia) khusus membantu menyelenggara
perumahan berstrata kos rendah, mencerminkan pendirian parti tidak
konsisten.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata kerajaan negeri Pulau Pinang mewujudkan dana “Happy” untuk menampung program TP-1Malaysia, manakala kerajaan Selangor tidak menyokong dengan menyatakan kos penyelenggaraannya tinggi.
“Mereka tidak konsisten. Sebelah sini (Pulau Pinang) menyediakan dana ‘Happy’ dan sebelah sana (Selangor) kata kos tinggi,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai sokongan kerajaan pakatan pembangkang terhadap usaha kerajaan pusat itu. “Harus diingatkan tabung ini diselenggara dengan telus.”
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mewujudkan dana “Happy” sebanyak RM50 juta untuk menampung program TP-1Malaysia yang memperuntukkan kos pembaikan sebanyak 90 peratus bagi rumah kos rendah dan 70 peratus bagi rumah kos sederhana rendah.
Baki selebihnya sebanyak 10 peratus (rumah kos rendah) dan 30 peratus (rumah kos sederhana rendah) yang sepatutnya ditanggung oleh penduduk, akan dibiayai kerajaan negeri menerusi dana “Happy” itu.
Ditemui selepas program walkabout TP-1Malaysia di Perumahan Desa Permai Indah, Batu Uban, di sini hari ini, Raja Nong Chik berkata ada parti pembangkang cuba mempolitikkan usaha murni kerajaan pusat itu dengan menyatakan kos penyelenggaraan terlalu tinggi dan projek diberikan kepada kroni.
“Ingin saya perjelaskan bahawa proses penyediaan Bill of Quantity (BQ) disediakan oleh mereka yang mempunyai kepakaran di dalam bidang tersebut dan perkiraan kos dirujuk kepada buku piawaian yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.
“Usaha ini dijalankan secara telus dan tender terbuka...jangan nak politikkan isu hanya untuk kepentingan politik. Beri penghargaan sepatutnya, skim (TP-1Malaysia) usaha kerajaan persekutuan, jadi pujian patut diberikan kepada kerajaan persekutuan.”
Beliau berkata kerajaan pusat tidak pilih kasih dalam meluluskan permohonan untuk TP-1Malaysia dan ini terbukti apabila 13 projek melibatkan kos RM4.1 juta diluluskan di Pulau Pinang termasuk di kawasan Permatang Pauh.
Katanya antara RM582,000 dan RM960,000 diperuntukkan untuk projek TP-1Malaysia di Batu Uban yang dijangka siap hujung tahun ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan perumahan kos rendah.
Raja Nong Chik berkata inisiatif TP-1Malaysia adalah telus kerana kontraktor akan menyediakan laporan kepada penduduk setempat menerusi badan pengurusan bersama (JMB) dan Perbadanan Bangunan (MC) supaya penduduk sendiri dapat mengawasi dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan. — Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan