TERKINI
KUALA LUMPUR — Negara sudah tidak lagi merdeka jika
benarkan pihak asing memantau pilihan raya, kata bekas perdana menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).
Beliau berkata, pemantau asing ini diperlukan pihak pembangkang untuk membuat kacau sekiranya kalah dalam pilihan raya.
“Kita sudah tidak lagi merdeka, jika kita benarkan pemantau asing untuk datang ke sini memantau pilihan raya.
“Mereka nak bawa Amerika, Australia, semua orang dalam negara ini supaya mereka dapat menguasai negara ini.
Bekas perdana menteri itu berkata, tujuan pihak pembangkang memanggil pihak asing kerana sekiranya mereka tewas, mereka akan mendakwa kerajaan menipu dalam keputusan pilihan raya.
“Mereka mahu jatuhkan kerajaan seperti yang berlaku pada negara-negara Arab, tumbangkan kerajaan bukan melalui pilihan raya.
“Dan jika mereka kalah, mereka akan membuat huru-hara untuk menjatuhkan negara yang dipilih secara demokratik,” kata beliau dalam sidang media selepas merasmikan seminar Third World Conference on Riba, di Golden Palace Horses Resorts, The Mines hari ini.
Dr Mahathir berkata, jika pilihan raya di Malaysia dijalankan dengan tidak adil, mustahil pihak pembangkang dapat memenangi lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan pada pilihan raya yang lalu.
“Pihak pembangkang menang lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan, bagaimana nak kata itu tidak adil?
“Kalau tidak adil, mereka tiada peluang langsung untuk menang,” kata Dr Mahathir lagi.
Permintaan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Canberra menghantar pihak pemerhati dalam pilihan raya kali ini ditolak oleh menteri luar, Bob Carr.
“Canberra bukannya pihak berkuasa pilihan raya di Malaysia.
“Pilihan raya Malaysia adalah urusan rakyat Malaysia. Adalah sukar untuk pihak Australia untuk memantau pilihan raya Malaysia, sebagaimana sukarnya juga pihak Malaysia atau negara lain memantau pilihan raya Australia,” kata Carr yang ditemuramah media minggu lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu berkata, mereka yang menuduh pilihan raya di negara ini tidak adil tidak perlu memanggil pihak asing untuk memantau dan campur tangan dalam negara ini.
“Kita mahukan apa yang terbaik untuk negara kita, tetapi mereka mahu merujuk kepada Australia,” kata Najib merujuk kepada pihak pembangkang yang memohon Canberra untuk menjadi pemantau pilihan raya di negara ini, sambil menambah pihak Canberra tidak berminat untuk campur tangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan