APABILA membaca artikel yang ditulis dari sebuah portal pro Umno yang 'kritis' iaitu Umno-reform di SINI, terlihat oleh kita betapa mereka juga sudah hilang keyakinan bahawa Umno bakal bertahan di dalam PRU akan datang.
Sememangnya ada lojik, Najib perlu letak jawatan segera iaitu sebelum
PRU sekiranya mahu Umno 'bernafas seketika', walaupun tidak menjamin
Umno dari berkubur. Jika Najib sanggup mengorbankan dirinya, terutama
mengorbankan kesenangan isteri tersayangnya itu, maka ahli-ahli Umno
mungkin mendapat sedikit 'udara' untuk bernafas. Tetapi jika Najib
terus mencuba untuk menjadi 'tikus membaiki labu', hayat Umno semakin
tiba.
Bukan menjadi rahsia lagi, Umno terpaksa menanggung banyak isu semenjak
Rosmah dianggap 'First Lady'. Jika di zaman Pak Lah, menantunya KJ
dianggap ramai orang sebagai punca kejatuhan PM Islam Hadhari ini. Di
zaman Najib, semua telunjuk menghala kepada Rosmah. Maka tidak
hairanlah seperti apa yang banyak banyak dikempenkan di dalam ahli-ahli
Umno bahawa sudah sampai masanya Muhyiddin patut dicuba untuk menghalang
kemaraan DS Anwar Ibrahim.
Semua isu telah dimainkan oleh Umno, namun gagal menarik perhatian
rakyat bahkan rakyat semakin berminat untuk mendengar ucapan DS Anwar
yang begitu berani mencabar Najib berdebat. Rakyat berfikir, jika DS
Anwar itu banyak melakukan penyelewengan atau rasuah sewaktu beliau di
dalam kerajaan, mana mungkin Ketua Pembangkang ini begitu berani
mencabar PM. Bukankah semua fail menteri kabinet semenjak Merdeka
berada di tangan kerajaan? Rakyat juga berfikir, mengapa susah sangat
Najib memberanikan diri untuk berdebat secara terbuka dengan DS Anwar?
Apa yang mahu beliau sorokkan?
Andaikata alasan Najib tidak mahu berdebat dengan DS Anwar kononnya
Ketua Pembangkang itu 'rendah moral'nya, tetapi dengan pemimpin PAS pun
Najib tak pernah berani berdebat. Itu semua alasan kebudak-budakan dan
itu bukan standard PM yang baik untuk sesebuah negara. Adakah jika
Muhyiddin jadi PM, beliau sanggup menjadi lebih berani untuk berdepan
dengan DS Anwar? Jawapannya tetap sama kerana selagi mereka merasakan
ada sesuatu yang disorokkan dari rakyat, sesiapa pun yang menjadi PM
dari kalangan Umno tidak akan berani berdepan dengan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan