Oleh Abusiraj Almuner
NASIB bangsa Melayu ternyata merempat di tanah bumi sendiri apabila orang melayu dibangsatkan oleh parti keramat UMNO....dimana UMNO memerintah disitulah kemiskinan dan kezaliman berlaku...
ternyata
teriakan serta laungan HIDUP MELAYU..oleh pencacai dan pemimpin parti
keramat dengan membawa berbagai slogan membela serta melindungi melayu
kononnya adalah omong-omong kosong,dan ia seolah-olah teriakan serta
slogan hanyalah retorik dan lakonan semata-mata penuh berpura-puraan.
Apa
yang lebih aula ialah mengejar kekayaan dari membela nasib melayu,biar
melayu dibangsatkan tidak apa bagi mereka janji tembolok dipenuhi.
bagi
setan-setan yang dikenali ia adalah tiket atau kuasa untuk mengumpulkan
kekayaan anak beranak.sanggup melihat bangsa melayu sendiri diusir dan
dihalau demi kekayaan sementara. Ini yang terjadi kepada Melayu di
sebuah kampong di Kahang Barat, Johor...
yang
mana rumah kediaman yang mereka bina diranap keseluruhannya oleh bangsa
melayu sendiri kerana didakwa menceroboh tanah kerajaan.
Pusat
aduan rakyat permas (PAR) Syed Othman bersama Pusat aduan rakyat dun
kluang Khairul faizi Ahmad Kamil dan Setiausaha PAR abusiraj almuner
telah menziarah penduduk ini untuk mendengar dan mencari keadah bagi
membantu masalah yang mereka hadapi.
Menurut
Khani Ayop pengerusi pertubuhan peserta pertanian kelompok sepakat tiga
negeri johor (PPBEST) yang mewakili 300 peserta yang juga merupakan
jawatankuasa yang memohon tanah seluas 773 ekar itu untuk dijadikan
kampung kediaman dan pertanian.katanya mereka telah memohon selama 4
tahun tanah tersebut daripada pejabat tanah.
Segala
proses permohonan mengikut saluran yang sah dan diterima oleh pejabat
tanah bersama dengan bayaran permohonan. Selain mereka dakwanya tanah
disitu juga dipohon oleh masyarakat india dan cina dan mereka telah
berjaya mendapat geran tanah disitu.
bagi kami
permohonan tanah yang kami pohon telah diberikan kepada pihak
lain.dakwanya ada pihak lain yang memohon tanah disitu dan mendapatnya
dalam tempoh 3 bulan.
Seorang penduduk Makmur
b.Wokimin 61 tahun ,perkerja kampung menceritakan bagaimana seramai 40
orang termasuk pihak rela,polis dan penguatkuasa pejabat tanah telah
datang meroboh rumah mereka tanpa belas ikhsan semasa surirumah sedang
menyiapkan makanan tengahari.
katanya lagi
pihak berkuasa tempatan hanya memberi mereka notice sahaja bukan membawa
perintah mahkamah untuk meroboh rumah mereka.
Pengerusi
PAR negeri Johor Tuan syed Othman mengulas kejadian ini berkata pihak
PAR negeri Johor akan mencari penyelesaian secepat mungkin agar penduduk
kampung ini terbela sewajarnya.
kebanyakkan
penduduk yang diusir ini adalah golongan rakyat yang tidak berkemampuan
serta yang masih belum mempunyai rumah sendiri.Mereka ini juga adalah
penyokong setia UMNO dulu kini dan selama-lamanya...
Mereka
ini mengharapkan ada pembelaan bagi mereka agar mereka dapat memiliki
rumah dan harta sendiri untuk anak-anak dan cucu-cucu mereka
kemudiannya.tetapi kenapa parti keramat melayu ini membiarkan mereka
terus dibangsatkan jika benar mereka pembela bangsa melayu...lagi
menyedihkan ahli parlimen mereka adalah Dato Hishamuddin hussein....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan