Oleh Mazlan Aliman
KAMPUNG
Batu Uban, Pulau Pinang telah wujud sejak tahun 1734. Terdpt 48 buah
rumah, kesemuanya melayu. Nasib mereka dihujung tanduk sbb individu
pemilik tanah seluas 4.6 ekar telah menjualnya kpd pemaju. Mereka diarah
keluar.
Ketua Menteri mengarahkan
penduduk bertahan sementara perundingan sedang berjalan bg mengelakkan
penduduk diusir keluar. Lawyer bagi pihak penduduk juga dilantik untuk
tindakan semakan kehakiman dan lain2 proses undang2.
Mesyuarat
bersama Jkkk Kg Bt Uban dan JK bertindak memutuskan untuk bertemu Dato'
Seri Rais Yatim di Putrajaya dlm tempoh 2 minggu bg mendptkan
perisytiharan Kg Bt Uban adalah Kg Warisan. Selepas itu mendesak agensi
Bumiputera spt Uda atau Mara membeli semua tanah di kg tsb. Bangunkan
semula kampung tersebut secara tersusun, perumahan mampu milik dan
prasarana yg membolehkan penduduk hidup dgn sempurna.
Insyaallah,
Kg Bt Uban yg berusia ratusan tahun kekal selamat dan ditingkatkan
tahap pembangunannya dengan mengambilkira ciri2 warisannya.
Terimakasih
kpd Ketua Menteri yg memantau sendiri setiap perkembangan di Kg Uban
sehingga pemaju yg merupakan pemimpin Umno Bahagian gagal menghalau
penduduk. Pegawai2 Majlis Perbandaran sendiri diarah mempastikan tiada
tindakan agresif di buat oleh pemaju khususnya meroboh rumah penduduk.
Sedihnya,
ratusan tahun wujud kampung tsb mahu dimusnahkan sekelip mata. Yang nak
robohkan pula, mereka yang bertempik ' hidup melayu'....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan