Gambar: Waris pelajar menunjukkan laporan
polis yang dibuat.
Seorang
pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di sini mendakwa dibuang
sekolah kerana dituduh mengadakan hubungan seks dengan guru sandaran
yang mengajar subjek bahasa Inggeris.
Sinar Harian difahamkan pelajar
tersebut dituduh melakukan hubungan seks dengan guru terbabit pada 1
Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di rumah guru itu di
kuarters guru sekolah berkenaan.
Pelajar mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan guru berusia lingkungan 20-an itu.
Pelajar
itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu,
malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.
“Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu.
“Namun,
saya terkejut bila dipaksa beberapa guru untuk buat surat pengakuan
melakukan hubungan seks dengan guru terbabit sedangkan pada waktu
kejadian, saya berada di asrama sekolah dan sedang tidur di dalam
bilik,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, petang semalam.
Sementara
itu, bapa saudara Wan berkata, pihak sekolah ada menghubungi bapa
pelajar itu 2 Oktober lalu untuk memintanya datang ke sekolah berkenaan
kerana ada masalah, namun enggan memberitahu kisah sebenar.
“Bapanya tidak ke sekolah selepas menerima panggilan pertama kerana sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali kedua hari yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera datang berikutan masalah disiplin anaknya.
“Bapanya tidak ke sekolah selepas menerima panggilan pertama kerana sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali kedua hari yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera datang berikutan masalah disiplin anaknya.
“Apabila
sampai ke asrama, warden terus menyuruh membawa semua barang dan
pakaian balik ke rumah kerana Wan sudah tidak dibenarkan belajar di
sekolah itu selepas terlibat dengan kes zina tanpa menerima sebarang
penjelasan dan surat pada malam terbabit,”katanya.
Menurutnya,
Wan digantung sekolah dari 2 hingga 15 Oktober lalu serta menerima
surat diberhentikan daripada ibu pejabat menyebabkan waris berjumpa
dengan pengetua sekolah terbabit mengenai dakwaan itu.
Katanya,
apabila perjumpaan diadakan, pengetua sekolah memaklumkan pelajar hanya
mempunyai dua pilihan iaitu kekal di sekolah jenis sama tetapi di
tempat lain atau memilih ke sekolah harian biasa.
Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan pihak sekolah kerana tidak memberi bukti anak saudaranya terbabit kes itu walaupun diminta waris untuk berbuat demikian.
Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan pihak sekolah kerana tidak memberi bukti anak saudaranya terbabit kes itu walaupun diminta waris untuk berbuat demikian.
“Saya syak
kes ini ada muslihat kerana pada 4 Oktober lalu, dua guru sekolah
terbabit datang ke rumah anak saudara saya di Kampung Guar Kepayang dan
meminta kebenaran waris membawa Wan keluar minum.
“Namun,
kira-kira dua kilometer perjalanan dari rumah, guru tersebut meminta
Wan menyalin pengakuan dalam satu borang bersama tanda tangan dan terus
menghantarnya pulang,” katanya.
Menurutnya,
anak saudaranya itu merupakan seorang pelajar pintar kerana memperoleh
5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mencapai 8A dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR).
“Saya
bimbang pelajarannya terjejas kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) tahun hadapan, tetapi tidak bersekolah lebih sebulan
disebabkan kes ini,” katanya.
-Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan