KELAB GREENBOC
Doa 'KO BN': Umno Kelantan buat laporan polis
KOTA BHARU - Umno Kelantan hari ini membuat dua laporan polis berhubung
tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional
(BN) dan tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.
Mereka meminta polis menyiasat dan mengambil
tindakan terhadap Pas kerana menyifatkan segala kenyataan itu telah
mengguris hati bangsa Melayu dan Islam di negara ini.
Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusoffe mengetuai kira-kira
30 anggota pergerakan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Kota Baharu di sini.
Ketika ditemui, Zarina berkata, mereka mahu polis menyiasat perkara itu
mengikut peruntukan undang-undang yang ada termasuk Akta Hasutan kerana
menyifatkan doa berkenaan boleh menghasut umat Islam bertelagah sesama
mereka.
"Hati kami tersentuh. Kami orang Melayu beragama Islam dan tuduhan ini
sangat melampau yang menyerlahkan sikap sebenar Pas dan Mursidul Amnya
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.
Beliau meminta rakyat Kelantan terutamanya menilai siapa sebenarnya
pemimpin Pas itu yang ternyata mempunyai politik dendam terhadap Umno
kerana sanggup mendoakan kehancuran dan menuduh Umno murtad.
Di IPD yang sama, Majlis Veteran Umno Kelantan turut membuat laporan
serupa, diketuai Pengerusi Biro Ulama Majlis Veteran itu, Mohd Noor
Deris.
Mohd Noor berkata tuduhan murtad oleh Nik Aziz itu itu disifatkan sebagai melampau dan meminta Sultan Kelantan campur tangan.
"Kami juga memohon perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V agar
dapat segera mengubat perkara yang memudaratkan umat Islam di negeri
ini," katanya.
Mohd Noor juga meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan menyuarakan pandangan mereka menurut nas-nas Islam berhubung
perkara itu dan mengajak pemimpin Pas termasuk Nik Aziz bermuzakarah.
Pada Jumaat lepas, Pas mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno
hancur yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV dengan dipimpin adik
Menteri Besar, Nik Razi Nik Mat, sempena Muktamar Tahunan Pas Kali
Ke-58.
Pada Ahad, Nik Abdul Aziz mengundang kontroversi apabila mendakwa Umno murtad kerana memperlekeh dan menolak Islam. - Bernama
Ulasan GB
Sejak bila di dalam dunia khuususnya di Malaysia ini wujudnya undang-undang yang menghalang seseorang daripada berdoa?
Apabila laporan polis dibuat kerana ada orang berdoa (tak kira apa pun
doanya) maka ia menunjukkan kebebalan UMNO sendiri dan agensi berita
yang melaporkannya semata-mata untuk mensensasikan isu berkenaan.
Sebelum ini GB pernah menulis menyatakan bahawa DOA adalah hak
individu/kumpulan. Orang berdoa kepada Tuhan untuk apa juga tujuan dan
adalah hak Tuhan untuk memakbulkan doa seseorang sepertimana firmannya
yang bermaksud:
“Dan tuhanmu berfirman: ‘berdoalah kepadaku nescaya akan
kuperkenankan bagimu.’ Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri
daripada menyembah-ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan
hina.” (Surah Ghafir: 60)
Tiada siapa yang boleh menghalang doa seseorang - apatah lagi jika doa itu doa yang dibaca secara sirr (di dalam hati)
Nak ditangkapkah keseluruhan 40,000 orang ahli PAS yang mengaminkan doa
KO BN di Stadium Sultan Muhammad IV itu dan kita mengalu-alukan jika
polis bersedia untuk menahan keseluruhan mereka yang berdoa itu.
Cuma
yang GB nak tanya, dibawah fasal mana, seksyen berapa - undang-undang
di dalam negara ini yang ada memperuntukkan menghalang seseorang
daripada berdoa?
Belum pernah ada sebarang kes di dalam mahkamah seluruh dunia sejak dulu
sampai sekarang yang melibatkan penghalangan seseorang daripada berdoa.
Kemudian tentang isu murtad. Perlu dinyatakan secara khusus dan teliti
bilakah masanya Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz memurtadkan UMNO? TG Nik
Aziz hanya menyatakan bahawa mereka yang memperlekehkan Islam boleh
menjadi murtad, berdasarkan kitab Mestika Hadith terbitan Jabatan
Perdana Menteri.
Yang UMNO terasa sangat perkataan itu ditujukan kepada mereka, kenapa? Sudah termakan ladakah sehingga terasa pedasnya?
Masalah utama kini ialah orang UMNO sendiri tidak memiliki dan tidak
membaca kitab Mestika Hadith yang kata-kata aluannya ditandatangani
sendiri oleh Perdana Menteri ketika buku itu diterbitkan iaitu Dr.
Mahathir Mohammad!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan