JASIN DAILY
Selangor mendakwa berjaya mengesan 28 peratus pemilih berdaftar baru yang tidak dapat dikenal pasti di negeri itu daripada Daftar Pemilih Induk suku keempat 2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya. Jumlah itu adalah seramai 134,675 daripada 497,804 pemilih berdaftar baru dengan bilangan pemilih berdaftar tidak dapat dikenal pasti paling ramai dicatatkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Serdang. LAPORAN PENUH Ia dinyatakan dalam Laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor bertarikh 19 November yang dikeluarkan Unit Perancangan Ekonomi negeri Selangor. Daripada 134,675 pemilih yang tidak dikenal pasti ini, 51 peratus pemilih ini adalah lelaki dan 44 peratus pengundi baharu ini dalam lingkungan umur 21-30 tahun.

Dari aspek
bangsa pula, 45 peratus pemilih yang tidak dikenal pasti adalah
berbangsa Melayu, 35 peratus Cina, 13 peratus India dan 7 peratus
lain-lain.
Laporan itu turut menyatakan seramai lebih 9,000 pemilih berdaftar baru
gagal dikenal pasti dikesan di DUN Sri Serdang - yang merupakan kawasan
ketua pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman.
"Sri Serdang mencatat bilangan pemilih yang tidak dapat dikenal pasti
yang paling banyak," laporan itu dipetik.
Ia diikuti dengan kawasan wakil rakyat Pakatan - Subang Jaya seramai
lebih 8,000 pemilih (Hannah Yeoh - DAP), Hulu Kelang lebih 5,000 pemilih
(Saari Sungib - PAS), lebih 4,000 pemilih di Bukit Lanjan (Elizabeth
Wong - PKR), Kinrara (Teresa Kok - DAP), Kota Anggerik (Yaakob Sapari),
Kota Damansara (Nasir Hashim - PSM), Sri Muda (Shuhaimi Shafiei) dan
Taman Medan (Haniza Talha).
Menteri
Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media selepas sidang DUN
berkata inisiatif itu diusahakan kerajaan negeri dalam tempoh tiga bulan
bermula Jun lalu dan ia dibuat kerana Selangor ragu dengan penambahan
daftar pemilih di Selangor.
Beliau bagaimana pun menjelaskan pencirian pemilih berdaftar yang gagal
dikenal pasti itu akan hanya didedahkan dalam pertemuan dengan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.
"Kita akan
terangkan kepada SPR apa yang kita rasakan sebagai tidak dapat dikenal
pasti," katanya sambil menambah kerajaan Selangor akan menulis kepada
SPR untuk membentang kajian itu selepas dewan negeri selesai bersidang
minggu depan.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim berkata laporan tersebut telah diserahkan kepada
Pejabat Dewan Negeri Selangor dan diedarkan kepada semua ahli-ahi Dewan
Undangan Negeri hari ini.
"Kita melaksanakan projek ini kerana ragu dan sangsi dengan penambahan
bilangan daftar pemilih yang
terlalu ramai di kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Selangor.
"Justeru, kita telah menubuhkan satu sekretariat dengan Unit Perancang
Ekonomi Negeri Selangor
(UPEN) menjadi Pegawai Koordinasi dan pemantau yang bekerjasama dengan
ketua-ketua kampung,
ahli-ahli majlis dan kakitangan pejabat daerah serta pihak berkuasa
tempatan.
Daripada
kajian itu juga, katanya, terdapat lima kawasan Dewan Negeri yang
mempunyai peta tidak lengkap iaitu Sungai Panjang dan Sri Serdang
(daerah mengundi tidak wujud dalam peta), Damansara Utama (sempadan
tidak dibetulkan), Hulu Klang , Sementa dan Selat Klang (sempadan daerah
mengundi tidak jelas).
Kajian itu, tambahnya, membuktikan kebimbangan kita terhadap peningkatan
jumlah pengundi yang meragukan di kawasan dewan undangan negeri
tertentu adalah berasas dan kukuh.
"Sehubungan
itu, kita akan membawa hasil kajian ini kepada SPR untuk mendapatkan
penjelasan sebelum tindakan lanjut kita ambil sebagai persediaan
menghadapi pilihan raya umum ke -13.
"Kita amat yakin rakyat sudah bersedia untuk membuat pilihan secara
matang menerusi satu pilihan raya
yang adil, profesional, jujur dan bertanggungjawab selaras dengan
prinsip demokrasi yang kita pegang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan