HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 Disember 2012

Amanat Najib : Perang Kepada Pakatan Rakyat. Fitnah PAS, Pluralisme PKR & Perkauman DAP!

Staff Berita Semasa 
Najib Perhimpunan UMNO Amanat Najib : Perang Kepada Pakatan Rakyat. Fitnah PAS, Pluralisme PKR & Perkauman DAP!

Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2012 telah pun melabuhkan tirainya…seperti yang dijangka Datuk Najib Razak mahukan anda sebagai rakyat Malaysia menolak parti-parti pembangkang kerana undi anda kepada mereka membawa maksud kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan kaum tertentu.

Video Ucapan Penggulungan Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012

Datuk Najib melontarkan persoalan & peringatan kepada amaran kepada rakyat Malaysia.
  • Adakah kita mahu anak-anak anda sesat akidahnya?
  • Adakah anda mahu anak-anak anda gelap masa depannya?
  • Anda anda mahu negara ini jadi porak peranda?
  • Adakah anda sanggup memperjudikan masa depan negara?
  • Adakah anda sanggup memperjudi masa depan negara?
Jika semua jawapannya tidak, Datuk Najib Razak mahukan anda semua juga katakan tidak kepada PKR, tidak kepada PAS, tidak kepada DAP. Ini kerana Datuk Najib mahukan anda semua sama-sama menentang…..
  • menentang fitnah daripada PAS
  • menentang pluralisme daripada PKR
  • menentang perkauman daripada DAP
Kenapa Datuk Najib katakan begitu? Ini jawapan & kenyataan seterusnya daripada beliau :
“Yakin dan percayalah satu undi untuk PKR (Parti Keadilan Rakyat) bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk Pas bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undi penindasan bangsa tercinta.

“Satu undi untuk Umno dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang Islam. Satu undi untuk BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat. Satu undi untuk BN, satu undi pembelaan bangsa Malaysia,” katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
Pakatan Rakyat Perhimpunan UMNO Amanat Najib : Perang Kepada Pakatan Rakyat. Fitnah PAS, Pluralisme PKR & Perkauman DAP!

Datuk Najib meminta anda semua yang ada melihat dan mendengar ucapannya semasa Perhimpunan Agong UMNO 2012 supaya mengganggap :
  • segala kesyukuran
  • kedamaian
  • kebahagian yang dikecapi dan dinikmati serta yang akan terus dirasai hasil pemerintahan UMNO dan BN berbanding jika pembangkang yang memerintah.
Daripada ucapan penggulungan Datuk Najib semalam apa yang dapat kami ringkaskan di sini :
  1. Kalau pilih pembangkang, negara ini Malaysia akan hancur, musnah, rosak, porak peranda dan kebangsatan
  2. Jika anda berjuang demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia, demi bumi bertuah, demi anak cucu kita, mesti setia kepada perjuangan UMNO
  3. Anda mesti sokong UMNO kerana, UMNOlah yang  mempertahan Islam, anda mesti taat  kepada pemimpin Umno demi kemenangan parti, kerana UMNO pembela rakyat.
  4. Hanya UMNO yang mampu membela nasib bangsa Melayu dan kaum-kaum lain
  5. Yakinlah, hanya UMNO yang mampu menjaga kedaulatan, mempertahankan kesucian agama Islam.
  6. Wajib pertahankan UMNO kerana UMNO pertahankan Islam
P/S : Apa kata anda pula?

Tiada ulasan: